LPPSA : Login Permohonan dan Semakan Baki Pinjaman

Berita baik kepada kakitangan awam kerajaan yang ingin membeli rumah. Melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ( LPPSA ), anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan pinjaman pembiayaan perumahan.

Sistem Pengurusan Pembiayaan ( LMS ) telah dinaiktarafkan kepada Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu ( SPPB ) yang berkuatkuasa pada 1 april 2019. Dengan itu sistem atas talian ini, anda boleh membuat permohonan secara online, melihat akaun pembiayaan pinjaman tanpa perlu menghadirkan diri ke pejabat LPPSA.

Baca: Kerjaan baru sahaja membuka permohonan BPR 2021.

Login Permohonan LPPSA

Untuk membuat permohonan pembiayaan pinjaman, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah :

  1. Layari portal rasmi = http://www.lppsa.gov.my/v2/
  2. Klik pada ruangan “Daftar Masuk & pendaftaran Baharu”
  3. Isikan maklumat yang diperlukan dalam ruangan yang disediakan
  4. Baca terma dan syarat dan klik pada kotak tanda setuju, kemudian klik “Daftar “
  5. Emel pengesahan akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan dan klik pautan untuk mengaktifkan akaun
  6. Selepas itu, anda akan terus dibawa ke laman OTP (One-Time Password). Klik pada butang Permintaan Otp untuk meneruskan pengesahan OTP
  7. SMS akan dihantar ke nombor yang telah didaftarkan, masukkan 6 digit pin yang diteriman melalui SMS pada laman pengesahan SMS dan klik pada butan “Teruskan”
  8. Apabila pengesahan SMS telah berjaya, pengguna akan dibawa ke laman Kemaskini Butiran
  9. Bagi pinjaman bersama, kedua-dua pengguna (atau lebih) perlu membuat pendaftaran ID pengguna secara berasingan

Syarat-Syarat Pinjaman Perumahan

Permohonan pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang berkelayakan seperti syarat-syarat yang ditetapkan dibawah :

  • Ahli Parlimen
  • Hakim
  • Bada-badan berkanun
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Anggota Pentadbiran Persekutuan
  • Kerajaan Negeri
  • Ahli Dewan Undangan Negeri
  • Anggota Pentadbiran Negeri
  • Anggota Perkhidmatan awam
  • Anggota Polis
  • anggota tentera

Semakan Baki Pinjaman LPPSA

Selepas permohonan anda telah berjaya diluluskan, peminjam boleh membuat semakan baki pinjaman melalui portal rasmi LPPSA .

Ikuti langkah-langkah dibawah untuk membuat semakan yang berkaitan :

  1. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan . Portal rasmi Login LPPS = https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/
  2. Pada paparan utama, klik bahagian Inkuiri Status
  3. pengguna boleh membuat semakan inkuiri status berkenaan
    # 1. Permohonan Pembiayaan
    # 2. Dokumentasi Pembiayaan
    # 3. Status Bayaran Balik
    # 4. Status Baki Pembiayaan
    # 5. Status Bayaran Pembiayaan
    # 6. Penyata Tahunan ( boleh dimuat turun )
  4. Berikut adalah paparan jika anda ingin menyemak status bayaran balik pinjman. Paparan semakan status baki pembiayaan yang akan dikeluarkan. Dan juga paparan semakan status bayaran pembiayaan :
lppsa
lppsa
lppsa

Cara Semak Baki Pinjaman LPPSA melalui SMS

Jika anda tidak mempunyai capaian internet, anda juga boleh membuat semakan melalui sistem pesanan ringkas SMS . Ikuti langkah-langkah dibawah :

  1. Taip LPPS<jarak>BAKI<jarak> No. Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 15888

untuk membuat semakan status.

  1. Taip LPPSA<jarak>STATUS<jarak>No. Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 15888
lppsa

Apa itu LPPSA ?

LPPSA ada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang disediakan kepada kakitangan awam kerajaan yang ingin membeli rumah. Mereka hanya membuat permohonan pembiayaan pinjaman.

Bolehkah membuat semakan baki pinjaman LPPSA melalui SMS ?

Boleh . Anda boleh membuat semakan baki pinjaman dan juga status pinjaman dengan mengikuti langkah yang disediakan dalam artikel ini.

Bagaimana cara untuk membuat semakan baki pinjaman perumahan kerajaan melalui online.

Ikuti cara mudah yang dikongsikan dalam artikel ini.

Apakah syarat utama untuk membuat permohonan pinjaman perumahan ?

Bekerja sebagai kakitangan awam kerajaan dan hendaklah mempunyai kerja dibawah syarat yang telah ditetapkan.

Leave a Comment