12 Jenis Bantuan JKM boleh anda Pohon di Tahun 2023

Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah jabatan badan kerajaan yang berperanan menjaga kebajikan golongan sasar di Malaysia.Saban tahun jabatan ini telah banyak membantu golongan yang memerlukan khususnya warga OKU,warga emas, pesakit kronik dan lain-lain.

Ramai yang tahu akan kewujudan jabatan ini akan tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk membuat pendaftaran / permohonan.

Di sini kami kongsikan cara mohon bantuan kewangan JKM.

Tujuan utama bantuan JKM ini adalah;

  • Memenuhi sokongan asas penerima bantuan.
  • Menyediakan sokongan sosial.
  • Menyediakan alat pemulihan.
  • Bantuan kewangan sementara.

Apakah Syarat Kelayakan untuk memohon?

Anda perlu memenuhi kriteria dan kelayakan yang ditetapkan sebelum layak menerima bantuan JKM.

Kelayakan akan diurus periksa oleh Pegawai JKM yang ditetapkan dalam urusan ini.

Apakah Jenis bantuan-bantuan yang ditawarkan?

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC);
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  5. Bantuan Orang Tua (BOT);
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP);
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP);
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS).
  12. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas sebanyak RM200- RM10,000.

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh diperolehi di sini.

Bagaimana Cara Permohonan Bantuan JKM

Walaupun permohonan boleh dibuat secara online pada pautan di sini , namun adalah dinasihatkan untuk terus hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah anda tinggal.

See also  “Aku sakit la wei. Apa kau buat dekat aku ni.." - Ini Kisah benar kejadian Nasi Kangkang.

Bawa bersama dokumen seperti:

  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • salinan penyata gaji (jika ada), dan
  • lain-lain dokumen yang berkaitan.

Antara dokumen yang berkemungkinan perlu anda isi adalah seperti berikut:

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Adakah terdapat tarikh tutup permohonan bantuan JKM ini?

Tiada. Ianya dibuka sepanjang tahun.

Apakah bantuan yang boleh dipohon di bawah JKM?

Terdapat 11 jenis bantuan. Rujuk senarai di dalam artikel ini.

Apakah borang berkaitan untuk permohonan bantuan JKM?

JKM 18 dan JKM 20

Adakah permohonan dibuat secara online?

Ya. Namun disarankan untuk terus hadir ke cawangan JKM berhampiran anda.

Leave a Comment