i-Sinar: Permohonan & Semakan KWSP Akaun 1 Online

Antara perkara yang dibincangkan pasca pembentangan Bajet 2021 adalah pengeluaran KWSP daripada akaun 1.

Kerajaan telah mengumumkan medium pengeluaran akaun 1 kwsp adalah melalui sistem online yang dipanggil i-Sinar.

i-Sinar akan membenarkan pengeluaran mengikut situasi berikut:

Jenis pencarumKemudahan pengeluaran
Mempunyai kurang dari RM90,000 dalam akaun 1– Mengeluarkan lumpsum sebanyak RM4000.
– Baki RM5000 pula akan dibayar secara ansuran setiap bulan.
Mempunyai lebih dari RM90,000 dalam akaun 1– Mengeluarkan lumpsum sebanyak RM10,000
– Bakinya boleh dikeluarkan sebanyak 10% daripada baki di dalam akaun 1.
– Ianya akan dibayar ansuran secara bulanan.
– terhad kepada RM60,000
  • Pencarum yang mempunyai RM90,000 ke bawah dalam akaun 1 boleh mengeluarkan lumpsum RM4,000 kemudian baki RM5,000 dibayar secara bulanan.
  • Pencarum yang mempunyai baki RM90,000 ke atas di dalam akaun 1 boleh mengeluarkan lumpsum sehingga RM10,000, kemudian bakinya boleh dikeluarkan sehingga 10% daripada akaun 1. Ianya terhad sehingga RM60,000 yang akan dibayar secara bulanan.

Mungkin terdapat kekeliruan pada ayat yang tertera di bawah. Boleh rujuk jadual yang dikeluarkan oleh laman web rasmi KWSP seperti di bawah ini.

daripada laman web rasmi KWSP

Permohonan dan Semakan i-Sinar KWSP

Permohonan i sinar boleh dilakukan secara online dengan melayari pautan ini https://isinar.kwsp.gov.my/

Semakan i Sinar Secara Online

Keputusan permohonan boleh disemak dengan klik pautan ini.

Soalan Lazim

Berapa jumlah pengeluaran daripada i-Sinar KWSP?

Sehingga RM60,000 (mengikut kategori dan syarat ditetapkan)

Adakah perlu menggunakan maksimum pengeluaran i-Lestari sebelum menggunakan i-Sinar?

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon, mengulas itu adalah antara beberapa syarat yang ditetapkan kepada pencarum yang layak memohon program i-Sinar.

Apakah i-Sinar?

Ianya adalah kemudahan akses ke Akaun 1 ahli KWSP.

Bagaimana cara untuk daftar dan mohon i Sinar?

Klik pautan yang kami sediakan dalam artikel ini.

Leave a Comment