E-PENYATA GAJI ANM 2025 (SEMAKAN SLIP GAJI)

ridhwan

semakan slip gaji online

e-Penyata Gaji : Slip Gaji ANM 2025 adalah salah satu sistem yang telah diwujudkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia ( ANM ) yang membolehkan kakitangan awam dan mendapatkan payslip masing-masing terus daripada sistem online yang sedia ada.

Setiap penjawat awam, wajib menggunakan sistem e-penyata ini. Sistem ini juga merupakan satu inisiatif ke arah kertas bagi penggunaan slip gaji.

Cara Membuat Semakan e-Penyata Gaji Online

Berikut adalah perkongsian cara membuat semakan penyata gaji online untuk penjawat awam.

  1. Log masuk ke laman web yang rasmi = https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx .
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan atau No. Pasport.
  3. Masukkan Kata laluan.
  4. Klik Daftar Masuk.
penyata gaji

Daftar Pengguna Baru e-penyata

Sekiranya anda sebelum ini tidak pernah menggunakan sistem e-penyata, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Anda boleh mendaftar akaun baru e-penyata ANM disini https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/layouts/login/UserRegistration.aspx

Isi kesemua maklumat yang diminta. Pastikan maklumat yang diberikan adalah semuanya betul. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.

penyata gaji

Wajib anda isi semasa membuat pendaftaran adalah :

  • No. Kad Pengenalan
  • No. Gaji
  • Kata Laluan
  • Sahkan kembali Kata Laluan
  • Soalan keselamatan ( Penting jika anda terlupa kata laluan )
  • Jawapan kepada soalan keselamatan ( Pastikan anda ingat. )
  • Klik โ€œOKโ€

Terlupa Kata Laluan e-Penyata

Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh dapatkan kembali dengan klik โ€œLupa Kata Laluanโ€

penyata gaji
  1. Klik Lupa Kata Laluan
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan masukkan No. Gaji
  3. Klik Seterusnya.
See also  Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) 2022 : Bil Air Percuma Setiap Bulan Di Negeri Selangor

Soalan Lazim

Bagaimana jika terlupa kata laluan ?

Anda hanya perlu klik โ€œLupa Kata Laluan. Masukkan No.kad pengenalan , No. Gaji dan klik โ€œSeterusnyaโ€.

Sekiranya e-penyata gaji laporan tak boleh buka egaji ?

Itu hanya sementara. Adkala server yang tidak dapat menampung jumlah trafik dan pengunjung yang tinggi.

Berapa lamakah data penyata gaji disimpan dalam sistem e-Penyata ?

1. Bagi penyata bulanan iainya disimpan sehingga 18 bulan ke belakang.
2. Manakala bagi penyata tahunan pula, 7 tahun ke belakang.

Adakah e-Penyata mempunyai apps pada telefon pintar ?

E-penyata mempunyai 2 apps iaitu pada android dan juga apple ios.
1. Apps android = https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.epayslipmobile&hl=en
2. Apps apple/ios = https://apps.apple.com/my/app/epayslip-janm/id1481434530

Semoga perkongsian e-Penyata Gaji ini dapat membantu bagi membuat semakan dan membantu mereka yang mempunyai masalah e-Penyata gaji.

Leave a Comment