Permohonan TESP 2022 : Program Penajaan Pengajian Tertiari

Permohonan TESP 2022. Untuk makluman, TESP adalah pinjaman pelajaran yang ditawarkan kepada lepasan asasi/Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan Diploma dalam bidang tertentu di institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih.

Bagi mereka yang berminat dan layak untuk memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai 31 Mac 2022 (Khamis) sehingga 15 April 2022 (Jumaat).

Bidang & Sub Bidang Pengajian

Bidang dan Sub bidang pengajian yang layak untuk di pohon adalah :

Permohonan  TESP 2022

Syarat Umum Permohonan TESP 2022

Syarat umum bagi Permohonan TESP 2022 yang telah ditetapkan oleh pihak MARA bagi pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa yang bertaraf Bumiputera
  • Memmenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga (kecuali pengajian dalam bidang perbuatan dan pergigian sahaja seperti berikut :
Kategori Kelayakan Pendapatan BulananPendapatan Bercukai Tahunan
Yuran dan Elaun Sara HidupRM12,000 dan ke bawahRM150,000 dan ke bawah
Yuran SahajaRM12,001 – RM20,000RM150,001 – RM250,000
  • Ibu dan bapa / penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
  • Tidak pernah meminjam pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Had umur pemohon tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Bagi pelajar yang mempinyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.

Syarat Akademik

Bagi pemohon yang ingin membuat permohonan, pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu :

See also  Senarai Tempat Menarik Di Johor Bahru

i.) Pelajar Baharu

  1. Pelajar mendapat CGPA 3.00 ke atas peringkat Asasi/Matrikulasi/Persediaan/STPM/Diploma serta setaraf.
  2. Pelajar telah mendapat tawaran dan mendaftar di IPT bermula JAnuari 2022.

ii.) Pelajar Sedia Ada

  1. Pelajar mendapat CGPA 3.00 ke atas bagi semester terdahulu.
  2. mempunyai baki tempoh penagajian tidak kurang dari 1 tahun.

iii.) Lain-lain Syarat

  1. Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
  2. Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.

Cara Mohon Permohonan TESP 2022

Pemohon yang ingin membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah seperti erikut :

  1. Layari laman web rasmi iaitu = https://myeduloan.mara.gov.my/
  2. Klik buatang “Daftar Sekarang”.
  3. Masukkan butiran yang diperlukan dan kluk butang “Daftar Akaun”.
  4. Log masuk dengan memasukkan No. Kad. Pengenalan dan kata laluan.
  5. Masukkan maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Klik butang “Hantar Permohonan”.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai TESP 2022, pemohon boleh terus layari laman web = https://www.mara.gov.my/

Soalan Lazim

Berapakah had umur untuk memohon permohonan ini ?

Had umur pemohon adalah tidak melbihi 40 tahu semasa membuat permohonan.

Bilakah tarikh tutup pemohonan ?

15 April 2022 (jumaat).

Leave a Comment