Permohonan Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM 2022

Azri

Permohonan Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM. Bantuan kemasukan ini adalah dikhususkan kepada anak-anak Veteran ATM yang menyambung pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama.

Bantuan Kemasukan IPT ini juga diwujudkan untuk meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke UA atau Politeknik bagi anak-abak Veteran ATM sebagai memberi galakan dan motivasi bagi meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Kadar Bantuan Diperoleh

Kadar bantuan yang ditawarkan menerusi bantuan kemasukan ini adalah :

  1. Peringkat Diploma : RM1,000
  2. Peringkat Ijazah Pertama : RM1,500
Permohonan Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah :

  1. Veteran ATM – Pemilik Kad ATM
  2. Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan ( Tiada ketetapan had umur). Jika kahwin semula tidak layak memohon.
  3. Umur bagi anak Veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran.
  4. Pemohon dihadkan kepada Pelajar UA dan Politeknik sahaja.
  5. pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  6. Semua kursus pengajian di IPT luar negara tidak layak dipertimbangkan.
  7. Semua kursus pengajian professional tidak layak dipertimbangkan.
  8. Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah tidak layak dipertimbangkan.

Syarat Permohonan Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM

Selain itu, syarat permohonan juga turut dikenakan terhadap pemohon yang ingin membuat permohonan iaitu :

  1. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh setahun dari tarikh kemasukan atau pendaftaran ke Universiti Awam / Politeknik.
  2. Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  3. Pendapatan pasangan dan sumbangan anak diambilkira dalam pengiraan Pendapatan Keluarga.
See also  Koleksi Ucapan Hari Raya 2023

Cara Mohon Permohonan Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM

Permohonan Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :

  1. Layari laman web = https://www.jhev.gov.my/keluarga-dan-orang-tanggungan/meringankan-beban-kewangan?view=article&id=32&catid=14&fbclid=IwAR32Q6tzBKtjf9VNe7MtkNr5EyRlcMcdJjG32YmzX22SLt1AWg2vSWzdSAk
  2. Klik butang “Muat Turun ” dan muat turun borang tersebut.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon menetap.

Dokumen Diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan adalah :

  1. Buku perkhimatan.
  2. Sijil kematian veteran / pasangan.
  3. Kad Veteran.
  4. MyKad veteran / pasangan / anak.
  5. Sijil lahir / Sijil anak angkat.
  6. Sijil nikah.
  7. Buku akaun bank.
  8. Tawaran kemasukan IPT dan resit pembayaran.
  9. Akaun pemohon.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM , sila layari https://www.jhev.gov.my/ atau hubungi talian Call Centre JHEV di 03-269766090 atau pemohon boleh ke JHEV Cawangan Negeri yang berdekatan.

Soalan Lazim

Berapakah kadar bantuan yang ditawarkan menerusi bantuan ini ?

Kadar bantuan kemasukan yang ditawarkan adalah :
Bagi peringkat Diploma : RM1,000.
Bagi peringkat Ijazah Pertama : RM1,500

Sekiranya pemohon belajar di IPT luar negara, adakah boleh untuk memohon bantuan ini ?

tidak layak untuk memohon / dipertimbangkan.

Leave a Comment