Nelayan Kesal Tidak Menghalang Mangsa Sebelum Tragedi Pembunuhan

admin

Kuantan: Seorang nelayan tidak dapat menyembunyikan rasa kesalnya apabila mengenang kembali detik sebelum seorang peniaga wanita dibunuh berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, malam Rabu lalu.

Nelayan berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 40, berkata dia sempat melihat mangsa keluar dari kereta dan berjalan ke arah hujung jeti sekitar jam 8 malam. Ketika itu, dia sedang minum bersama rakannya di sebuah gerai berhampiran.

Menurutnya, dia dan rakannya sempat menegur mangsa, menasihatinya agar tidak pergi ke kawasan tersebut kerana keadaan yang gelap dan jarang dilalui penduduk pada waktu malam. Namun, mangsa tetap meneruskan langkahnya sebaik sahaja melihat suspek memanggilnya.

โ€œSaya sangka mereka memang saling mengenali kerana mangsa terus berjalan tanpa ragu-ragu. Dia juga tidak meminta kami menemaninya, jadi saya tidak menghalang,โ€ katanya.

Mohamad menambah, pada ketika itu dia tidak nampak kelibat suspek, hanya cahaya lampu telefon yang dilambai ke arah mangsa.

Suspek Dikenali Penduduk Sekitar

Seorang lagi nelayan, Jailani, 50, berkata kebanyakan nelayan di kawasan itu mengenali suspek, yang pernah menetap di situ suatu ketika dahulu.

โ€œKami memang kenal dia, tapi sudah lama tak nampak. Cuma sejak dua tiga hari kebelakangan ini, dia kembali ke kawasan ini dan berlegar-legar di sekitar jeti. Kami tidak menyangka langsung dia terlibat dalam kejadian ini,โ€ katanya.

Menurutnya, jika Mohamad tahu suspek adalah individu yang bermasalah, sudah pasti dia akan menghalang mangsa daripada bertemu dengannya.

โ€œKalau saya tahu awal-awal, memang saya akan halang. Saya sanggup temankan mangsa sebab suspek memang dikenali ramai sebagai individu bermasalah di kawasan ini,โ€ jelasnya.

Suspek Dibawa ke Lokasi Kejadian

Petang tadi, pihak polis membawa suspek utama kes pembunuhan itu ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut. Suspek diiringi beberapa kenderaan polis dan tiba di lokasi kira-kira jam 2.30 petang dengan memakai baju lokap.

See also  STR Fasa 2 : Cara Semakan Status Bayaran Masuk Akaun

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, mengesahkan bahawa tindakan membawa suspek ke lokasi bertujuan untuk mendapatkan bahan bukti tambahan bagi membantu siasatan.

โ€œIni sebahagian daripada proses siasatan bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci berhubung kes ini,โ€ katanya.

Semalam, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 53 tahun di kawasan perumahan Wakaf Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu, pada jam 5.30 pagi. Hasil tangkapan, polis merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian, serta beberapa dokumen yang dipercayai boleh membantu siasatan.

Suspek kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan kes pembunuhan Norshamira Zainal, 37, yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lepas. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

Leave a Comment