JPJ Semakan Pemilik Kenderaan

editor

JPJ Semakan Pemilik Kenderaan

Seringkali kita menghadapi situasi di mana kita ingin mengetahui siapa pemilik sebuah kereta. Sebagai contoh, dalam sebuah kemalangan di mana seseorang melarikan diri dari tempat kejadian tentunya anda akan merasa tidak puas. Dalam situasi tersebut, terkadang satu-satunya informasi yang kita ada hanyalah nombor plat kenderaan tersebut.

Sekarang, anda dapat menyemak pemilik kenderaan tersebut hanya dengan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan. Anda boleh membuat semakan dengan menggunakan laman web MYEG dan MyCarInfo.

Jika anda ingin mengetahui cara untuk memeriksa pemilik sebuah kereta menggunakan MYEG dan MyCarInfo, di sini kami akan kongsikan cara-caranya.

Cara Semak Pemilik Kenderaan Secara Online

Untuk dapat menyemak maklumat pemilik kereta, syarat utama yang perlu anda tahu adalah mengetahui nombor plat (nombor pendaftaran) kereta yang ingin disemak.

1. Semakan Melalui MYEG

  • Buka laman web MYEG di https://www.myeg.com.my/
  • Log masuk dengan menggunakan Username dan Password. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun MYEG, sila daftar terlebih dahulu.
  • Selepas log masuk, klik pada logoย Polis Diraja Malaysia (PDRM)ย di halaman utama
  • Kemudian klik pada columnย Search Summons > Enquiry/Semak Pemilik Kenderaan Secara Online
  • Seterusnya, isi ruangan yang diperlukan :
    • Vehicle Plate Type โ€“ Jenis no plat kenderaan, pilih sama ada kenderaan Malaysia/Non Malaysia
    • Vehicle No โ€“ Masukkan nombor plat kendaraan yang ingin disemak
  • Setelah itu, anda perlu memasukkan kod sekuriti yang dipaparkan dan klik padaย Check Summons
  • Maklumatย sepertiย Nama Penuhย danย Nombor Kad Pengenalan pemilikย akan dipaparkan.
  • Selesai

2. Semakan Melalui MyCarInfo

Di bawah adalah langkah-langkah untuk menyemak pemilik kereta melalui MyCarInfo:

  • Sila layari laman web MyCarInfo di https://www.mycarinfo.com.my/
  • Log masuk dengan menggunakan Username dan Password. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun MYEG, sila daftar terlebih dahulu.
  • Seterusnya, di halaman utama sila klik pada butang โ€œServicesโ€ dan pilih โ€œi-Searchโ€
  • Kemudian, pada paparan skrin dibahagian bawah anda akan melihat Jenis Pelan yang perlu dipilih
  • Klik pada pelan Comprehensive
  • Anda akan dibawa ke pelan pembayaran dan klik padaย Select 1 Credit (RM6)ย dan buat pembayaran melalui FPX
  • Kemudian, sila lengkapkan butiran seperti berikut:
    • Vehicle Reg. No. โ€“ masukkan no pendaftaran kenderaan yang ingin disemak
    • Name โ€“ masukkan nama anda
    • Email โ€“ masukkan alamat email yang sah
    • Confirm Email โ€“ sahkan email
  • Seterusnya, klik pada terms & Conditions dan klik Enquire
  • Maklumat lengkap kenderaan yang anda masukkan melalui nombor pendaftaran akan dihantar ke alamat email anda
See also  SAPS Ibu Bapa 2022 : Semakan Keputusan Peperiksaan

Leave a Comment