SAPS Ibu Bapa 2020 : Semakan Keputusan Peperiksaan

SAPS Ibu Bapa 2020 : Semakan Keputusan Peperiksaan merupakan salah satu sistem yang diwujudkan oleh pihak kementerian Pendidikan Malaysia.

Ini bagi memudahkan ibu bapa atau penjaga membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka ataupun anak jagaan mereka.

Sistem semakan SAPS Ibu Bapa 2020 ini akan memaparkan slip keputusan, markah peperiksaan serta kedudukan dalam kelas pelajar.

Namun untuk makluman semua yang belum mengetahui, sistem SAPS Ibu Bapa ini tidak menyokong peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM.

Cara Membuat Semakan Keputusan Peperiksaan

Cara mudah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan, sila ikuti beberapa langkah di bawah :

  1. Layari potral SAPS Ibu Bapa = https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
  2. Bagi guru,klik sini: https://sapsnkra.moe.gov.my/
  3. Masukkan nombor kada pengenalan pelajar dan tekan “cari”
  4. Masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk pilihan nama negeri dan nammsekolah
  5. tekan butan “semak”
  6. Sistem akan memaparkan keputusan peperiksaan pelajar
SAPS Ibu Bapa 2020

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, pengguna tidak boleh mengubah ID atau password.

Hanya Guru kelas atau Guru Matapelajaran sahaja yang boleh menukar ID atau password pengguna.

Antara Jenis Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams ( Percubaan Peperiksaan ) UPSR, PT3 dan SPM

Soalan Lazim

Adakah pengguna boleh mengubah ID atau Password ?

Tidak. Hanya Guru Kelas atau Guru Matapelajaran sahaja yang boleh menukar ID atau Password pengguna.

Sekiranya No. Kad Pengenalan atau Sijil Lahir pelajar tidak dapat mengakses SAPS ?

Ibu bapa atau penjaga perlu meminta anak jagaan mereka ( pelajar ) menghubungi Guru Kelas bagi memaklumkan masalah tersebut.

Bagaimana cara untuk memperbetulkan kesalahan ejaan nama pada paparan semakan SAPS ?

Ibu bapa atau penjaga perlu menghubungi guru kelas pelajar untuk memaklumkan masalah berkenaan.

Bagaimana jika terlupa kata laluan ?

Jika masalah ini terjadi. Sila rujuk pegawai meja SAPS atau JPN untuk menyemak semula atau Reset login anda.

Semoga perkhidmatan SAPS Ibu Bapa yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan ini dapat membantu ibu bapa dan penjaga dalam memantau prestasi para pelajar.

Taniah kepada pelajar yang lulus dan jangan putus asa kepada mereka ( pelajar ) yang tidak memperolehi markah yang tinggi.

Leave a Comment