Semakan Cukai Tanah Perak

Cukai tanah juga dikenali sebagai quit rent adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas hartanah persendirian. Di Malaysia, pemilik hartanah dikehendaki membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri di mana hartanah itu terletak.

Sekarang, sistem online yang disediakan oleh pihak pentadbir tanah negeri Perak membolehkan semakan cukai tanah dan pembayaran dilakukan oleh anda yang mempunyai hartanah di Perak. Hal ini dapat membantu memudahkan urusan anda.

Daftar Akaun Pengguna

Anda boleh mendaftar dahulu sebagai pengguna dalam sistem ini untuk memudahkan semakan dan pembayaran cukai tanah.

Berikut kami kongsikan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk mendaftar sebagai pengguna:

  1. Buka laman web Pejabat Tanah Negeri Perak di Portal Awam e-Tanah Pentadbiran Perak
  2. Tekan pada bahagian “Daftar di sini”
  3. Isi maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan

Pendaftaran untuk menggunakan sistem online semakan dan pembayaran cukai tanah negeri Perak telah selesai.

Semakan Cukai Tanah Perak

Setelah anda selesai mendaftar akaun dan akaun tersebut telah diaktifkan, anda boleh memulakan semakan cukai tanah untuk hartanah yang anda miliki di negeri Perak.

Langkah-langkah berikut boleh diikuti untuk membuat semakan.

  1. Log masuk ke portal https://ptg.perak.gov.my/
  2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan dan klik log masuk
  3. Dalam dashboard akaun anda, pilih “Cukai Tanah”
  4. Anda akan melihat paparan hasil carian cukai tanah
  5. Carian dan semakan cukai tanah boleh dilakukan melalui carian ID Hakmilik tanah, Nombor akaun dan ID Hakmilik Strata
  6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan
  7. kemudian tekan butang cari setelah semua maklumat dilengkapkan
  8. Setelah butang “Cari” ditekan, maklumat Hakmilik Hartanah termasuk jumlah bayaran cukai tanah yang belum dijelaskan (jika ada) akan dipaparkan.
See also  Jadual Imunisasi Terkini Bermula November 2020 (Vaksin 6 Serangkai)
Semakan cukai tanah perak

Bayaran Cukai Tanah Perak

Setelah maklumat hartanah dan jumlah cukai tanah ditunjukkan, bayaran boleh dibuat secara terus di situ.

Cara-cara untuk membuat bayaran adalah seperti berikut:

  1. Di bahagian bawah paparan Maklumat Hakmilik Hartanah, terdapat butang “Bayar” dan klik butang “Bayar” tersebut
  2. Setelah itu, anda akan dibawa ke paparan berikutnya di mana anda boleh membuat pembayaran secara online.
  3. Pilih jenis bank yang anda ingin gunakan
  4. Tekan pada “Proceed”
  5. Sila masukkan username dan password akaun bank online anda
  6. Lengkapkan bayaran kemudian klik pada Continue With Transaction
  7. Selesai dan transaksi berjaya dibuat
  8. Resit pembayaran cukai tanah akan dipaparkan dan resit tersebut boleh dimuat turun atau dicetak untuk disimpan dan dijadikan rujukan anda.
  9. Selesai

Leave a Comment