Pembayaran Ansuran Atome

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara untuk menggunakan kaedah pembayaran dan pembelian melalui Atome iaitu sebuah platform Buy Now Play Later yang patuh syariah. Melalui platform ini, pembayaran boleh dilakukan mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan tanpa ada faedah atau bayaran perkhidmatan yang dikenakan.

Untuk makluman anda, Buy Now Pay Later (BNPL) adalah platform yang memberikan pengguna pilihan untuk membuat pembelian dengan bayaran secara ansuran dengan mudah dan cepat.

Apa Itu Pembayaran Atome ?

Platform Atome payment menawarkan perkhidmatan pembayaran secara ansuran. Ia adalah sebuah program pembayaran ansuran jangka pendek yang diperkenalkan dengan tujuan untuk mengalakkan urusniaga perniagaan dan memberi dorongan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kelebihan Pembayaran Atome

Berikut adalah beberapa kelebihan yang diperolehi dengan menggunakan pembayaran Atome:

  • Pembayaran ansuran boleh dilakukan oleh pengguna dan pada masa yang sama beban kewangan pengguna dapat dikurangkan apabila membuat pembelian.
  • Ansuran pertama hanya perlu dibayar oleh pengguna setelah mereka menerima barang dan setelah itu mereka akan membuat bayaran seterusnya.
  • Semua transaksi urusniaga dapat dilakukan dengan mudah.
  • Kuasa membeli pengguna dapat ditingkatkan sekaligus ekonomi negara juga dapat ditingkatkan.
  • Tidak ada kadar faedah atau caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna. Ini bermaksud mereka hanya perlu membayar harga barang yang dibeli tanpa ada caj tambahan.

Syarat Kelayakan Atome

Syarat kelayakan atome yang dikenakan kepada individu adalah seperti berikut:

  1. Merupakan warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pengguna perlu menggunakan nombor telefon yang aktif untuk mendaftar.
  4. Pengguna perlu menggunakan kad debit/kredit yang dikeluarkan oleh institusi kewangan untuk melakukan transaksi.
See also  Bantuan Sara Hidup (BSH) Meringankan Beban Rakyat

Cara Daftar Dan Login Atome

Cara untuk mendaftar Atome adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan https://www.atome.my/
  2. klik pada daftar/ Register
  3. Masukkan nombor telefon dan kod pengesahan yang diterima melalui SMS perlu dimasukkan ke dalam ruangan yang disediakan.
  4. Pengguna akan melihat halaman menu utama.
  5. Klik pada bahagian Pay
  6. Pengguna perlu mengisi maklumat peribadi mereka dengan lengkap dan betul untuk melakukan pengesahan.
  7. Isi maklumat kad debit/kad kredit anda untuk melengkapkan proses pendaftaran.
  8. Pendaftaran Atome Malaysia telah berjaya didaftarkan.

Cara login Atome adalah seperti berikut:

  1. Bukan laman web https://www.atome.my/
  2. Kemudian masukkan nombor telefon dan klik “Teruskan”
  3. Kod pengesahan akan dihantar dan masukkan kod ke ruang yang telah disediakan
  4. Setelah berjaya login ke portal Atome Malaysia, halaman utama Atome akan dipaparkan kepada anda.

Tempoh Bayaran Balik Atome

Ansuran hanya diberikan selama tiga (3) bulan menggunakan aplikasi Atome. Ini disebabkan oleh aplikasi ini berfungsi sebagai platform pembayaran ansuran jangka pendek. Ketika melakukan pembelian, jumlah pembayaran pertama akan ditolak dari akaun pelanggan pada hari yang sama pembelian dibuat dan pembayaran berikutnya perlu dilakukan dalam tempoh 30 hari setelahnya.

Namun demikian, pelan ansuran selama 6 dan 12 bulan hanya tersedia untuk transaksi yang tertentu sahaja.

Cara Membeli Barang Guna Atome

  • Untuk pembelian secara atas talian menggunakan Atome, kaedah pembayaran menerusi aplikasi Atome perlu dipilih oleh pengguna apabila ingin membuat pembayaran untuk barangan yang dibeli.
  • Laman sesawang rasmi peniaga yang berdaftar dengan syarikat Atome akan memaparkan kaedah pembayaran ini.
  • Seterusnya, pengguna yang memilih pembayaran ansuran melalui aplikasi Atome akan dihubungkan ke aplikasi Atome untuk melakukan pembayaran.
  • Jadual pembayaran akan dipaparkan berdasarkan bulan-bulan yang telah ditetapkan sejak tarikh pembelian.
  • Pada mulanya, ansuran pertama akan dipotong daripada akaun bank pengguna dan seterusnya ansuran akan dikenakan pada bulan-bulan yang telah ditetapkan mengikut bil pembelian pengguna.
See also  Cara Bayar Bil Astro Menggunakan JomPAY

Leave a Comment