E-Semak PERKESO Online

Kita semua tahu bahawa PERKESO / SOCSO menyediakan banyak bantuan kepada pekerja. Ini termasuk bantuan untuk kehilangan pekerjaan, perlindungan dan pampasan akibat COVID-19, serta perlindungan daripada kecederaan di tempat kerja. Jadi, jika anda adalah seorang pekerja anda akan mendapat manfaat daripada program-program ini.

Dalam situasi seperti ini, penting bagi setiap pekerja untuk memiliki nombor SOCSO atau PERKESO. Nombor ini sangatlah penting karena membantu melindungi hak-hak pekerja dan memberikan manfaat yang diperlukan dalam keadaan sukar.

Sekiranya anda terlupa bagaimana untuk menyemak nombor PERKESO / SOCSO, di sini kami kongsikan cara mudah untuk melakukan semakan nombor keahlian bagi memudahkan anda dalam menguruskan urusan pekerjaan.

Apa Itu Nombor PERKESO

Nombor identiti SOCSO diberikan kepada setiap pekerja. Nombor ini mempunyai kepentingan kerana digunakan untuk menguruskan caruman dan tuntutan dalam situasi kemalangan dengan tujuan melindungi keselamatan pekerja di Malaysia.

Cara Semak Nombor PERKESO

Di bawah ini adalah cara mudah untuk anda semak No SOCSO.

1. Semak No PERKESO Melalui No IC

No PERKESO anda adalah no kad pengenalan anda yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Ia adalah nombor yang digunakan oleh PERKESO untuk mengenal pasti dan merujuk kepada anda sebagai ahli. Jadi, no kad pengenalan anda juga berfungsi sebagai no PERKESO.

Jika anda ingin menyemak sama ada anda telah berdaftar atau belum, anda boleh melakukan semakan hanya dengan menggunakan nombor kad pengenalan anda.

2. Semak No PERKESO Melalui Slip Gaji

Selain daripada kad pengenalan, semakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan slip gaji. Nombor PERKESO anda biasanya dipaparkan di beberapa slip gaji sebagai rujukan untuk pekerja dan majikan. Hal ini memudahkan kedua belah pihak untuk merujuk kepada nombor tersebut.

Jika nombor tersebut tidak dinyatakan, anda mungkin boleh bertanya kepada HR di syarikat anda bekerja.

3. Semak No PERKESO Melalui Talian Hotline

Satu cara mudah untuk mengetahui dan membuat semakan nombor PERKESO / SOCSO adalah dengan menghubungi pihak PERKESO melalui talian hotline 1-300-22-8000. Anda boleh menghubungi nombor hotline tersebut secara langsung untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Semakan Status Pendaftaran Majikan Dan Pekerja

Proses memasuki e-Semak PERKESO dilakukan melalui langkah-langkah berikut.

1. Masuk laman web PERKESO di http://esemak.perkeso.gov.my/

2. Laman Utama e-Semak PERKESO akan dipaparkan

3. Untuk menyemak status pendaftaran majikan, pilih menu Majikan dan masukkan Nama Majikan / Nombor Kod Majikan

4. Untuk menyemak status pendaftaran pekerja, pilih menu Pekerja dan masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa ‘-‘

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari laman web https://www.perkeso.gov.my/

Leave a Comment