KUALA LUMPUR: Zira Ayub, isteri kepada pengacara terkenal, Nabil Ahmad, telah mencuri perhatian warganet apabila tampil dengan imej tidak bertudung dalam media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi.
Dalam hantaran di Instagram Story, Zira yang kini berada di luar negara bersama suaminya dilihat memilih untuk memakai topi hitam ketika menikmati percutian. Dalam video tersebut, rambut Zira yang panjang hingga paras dada berwarna keperangan kelihatan terurai.
Zira telah mengambil keputusan untuk berhijab pada awal tahun 2021, dan penampilan baharunya itu pada ketika itu menerima sokongan daripada peminat yang menghargai perubahan imejnya.
Nabil dan Zira telah berumah tangga sejak tahun 2011 dan dikurniakan tiga orang anak perempuan, iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna, dan Mishall Imani.
Sebelum ini, Nabil turut berkongsi rasa syukur atas keputusan anak sulungnya, Naira Mikayla, yang mula berhijab secara sukarela tanpa sebarang paksaan, yang menurutnya adalah satu keputusan yang dibuat atas kehendak hati anaknya sendiri.