Permohonan Baitulmal Zakat Perak 2023

Permohonan bagi Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2023 telah dibuka oleh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini adalah sebuah skim yang diwujudkan untuk membantu murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang datang daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.

Dengan adanya skim biasiswa pelajaran ini diharapkan dapat membantu mereka untuk meneruskan pelajaran dan mencapai kejayaan sehingga berjaya menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tarikh permohonan untuk skim biasiswa pelajaran ini dibuka bermula dari 27 Mac 2023 hingga 18 April 2023.

Manfaat yang Diperolehi

Antara manfaat-manfaat yang akan diperoleh oleh murid yang layak untuk menerima skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut :

  • Mendapat biasiswa setiap tahun
  • Dapat peluang untuk mengikuti tuisyen yang ditaja.
  • Berpeluang untuk menyertai program-program kecemerlangan yang dianjurkan oleh MAIPk.

Syarat Untuk Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin memohon skim biasiswa pelajaran ini :

  1. Warganegara Malaysia yang beragama Islam.
  2. Lahir dan menetap di Negeri Perak atau telah bermastautin di Negeri Perak.
  3. Permohonan hanya terbuka kepada murid Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2023.
  4. Murid adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.
  5. Pencapaian murid mestilah memperolehi 6A (Tahap 6) dalam Penilaian Akhir Tahun 2022.
  6. Tidak mendapat biasiswa atau bantuan persekolahan daripada mana-mana agensi.

Cara Untuk Memohon

Berikut adalah cara untuk memohon skim biasiswa pelajaran.

  1. Muat turun borang permohonan menerusi pautan di https://shortest.link/m3C6
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan ke alamat berikut :
    • Unit Pemerkasaan Asnaf,
      Bahagian Agihan Zakat,
      Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
      Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
      30000 Ipoh, Perak.

Dokumen Yang Diperlukan

Untuk memohon biasiswa pelajaran ini, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut.

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan ibu bapa.
  3. Slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
  4. Salinan keputusan akhir tahun 2022 yang telah disahkan pihak sekolah

Leave a Comment