MyTax : Login Dan Cara Daftar

Jika anda pernah mengunjungi laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) untuk menyediakan pengisian cukai, anda akan diarahkan ke platform yang dikenali sebagai MyTax.

MyTax adalah portal perkhidmatan yang bertujuan untuk memudahkan pembayar cukai dalam mendapatkan maklumat terkini mereka tanpa perlu pergi ke pejabat LHDN. Ia telah dilancarkan sejak Disember 2020. Melalui portal ini, orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan perkhidmatan berkaitan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan cukai.

Untuk makluman, akses kepada MyTax boleh dilakukan melalui tapak web atau aplikasi mudah alihnya iaitu Google Play dan App Store.

Cara Daftar MyTax

Jika anda ingin mendaftar MyTax, anda perlu ikuti langkah-langkah seperti yang kami kongsikan di bawah:

  1. Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/
  2. Klik pada bahagian “Perkhidmatan ezHasil” dan pilih bahagian “e-Daftar”
  3. Sila isikan maklumat butiran seperti yang diminta dengan lengkap dan betul.
  4. Klik pada butang “Cari”.
  5. Notifikasi akan menunjukkan sama ada nombor cukai pengguna telah berdaftar atau belum. Jika ianya sudah berdaftar, pengguna boleh mula log masuk. Tetapi, jika belum pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu bersama LHDN.

Cara Login MyTax Pertama Kali

Untuk mereka yang telah mendaftar tetapi tidak memiliki Sijil Digital, terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk pendaftaran iaitu:

  • e-CP550 – permohonan di web
  • e-KYC – pengecaman identiti wajah melalui telefon

Anda perlu mengaktifkan sijil digital anda dan mendaftarkannya dengan menggunakan nombor pin yang telah diberikan serta memastikan maklumat asas disahkan. Setelah itu, anda boleh log masuk setelah menetapkan kata laluan dan frasa keselamatan.

Fungsi Portal MyTax

Terdapat beberapa fungsi yang anda dapat perolehi daripada portal MyTax ini, antaranya adalah:

  1. Cukai boleh dibayar secara atas talian oleh pembayar cukai.
  2. Status pembayaran cukai pembayar boleh diperiksa setiap tahun.
  3. Ia memberi manfaat kepada pembayar cukai untuk mengakses dan mengemaskini maklumat seperti transaksi lejar, status pembayaran balik, pertukaran hak milik, duti setem dan potongan cukai bulanan.
  4. Pembayar cukai boleh menggunakan portal ini untuk mengemukakan borang cukai seperti Borang BE sebagai contoh.

Leave a Comment