Login ePesara PDRM

Apa itu ePesara ?

Sistem ePesara PDRM adalah sebuah platform dalam talian yang dibangunkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis di Jabatan Pengurusan PDRM, Bukit Aman. Pada 1 Julai 2020, platform atas talian ini telah memulakan operasinya dan bertujuan untuk memberikan kemudahan dalam komunikasi dua hala di antara pesara/bekas anggota polis dan waris mereka untuk menikmati perkhidmatan yang ditawarkan oleh Polis Diraja Malaysia.

Laman web ePesara PDRM ini juga telah menjadi sumber utama bagi pesara polis untuk menguruskan urusan wang persaraan mereka serta untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan PDRM.

Apa yang terkandung di dalam ePesara ?

  1. Pingat Jasa Pahlawan Negara 
    • Maklumat tentang penganugerahan PJPN dan pengurusan untuk pesara dan bekas polis yang layak dianugerahkan telah disediakan
  2. Kad Pesara PDRM
    • kad pesara diberikan untuk tujuan-tujuan rasmi agar pesara yang layak dapat menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan yang diberikan
  3. Kebajikan
    • Pelbagai jenis bantuan seperti Bantuan Khairat Kematian, Bantuan Pergerakan, Bantuan Perubatan, Bantuan Pendidikan dan Bantuan Bencana Alam telah disediakan.
  4. Persatuan Pesara
  5. Talian e-Kasih
    • Bantuan pendaftaran untuk pemberian one off RM500

Cara Untuk Daftar ePesara PDRM

Di bawah ini adalah cara untuk mendaftar ePesara PDRM.

  1. Layari laman web ePesara PDRM
  2. Tekan Log Masuk ePesara PDRM
  3. Klik sini untuk mendaftar (sekiranya ada belum mempunyai akaun ePesara)
  4. Isi bahagian maklumat pendaftaran akaun pengguna
    • ID Pengguna – No kad pengenalan anda
    • Kata Laluan – cipta kata laluan anda dan sahkan kata laluan
    • Emel– masukkan emel yang sah untuk tujuan pengaktifan dan sahkan emel tersebut
  5. Soalan keselamatan kata laluan
    • Jawab dua soalan yang tertera bagi tujuan sekiranya anda terlupa kata laluan
  6. Masukkan maklumat Pengguna yang diperlukan – Kategori, Nama, Jantina, Nombor Telefon
  7. Seterusnya, isi semula kod pengesahan yang diberi
  8. Semak dan kemudian tekan butang Hantar untuk pendaftaran
  9. Paparan mesej pengaktifan akaun telah berjaya
  10. Pendaftran selesai

Cara Login ePesara

Selepas selesai daftar akaun ePesara, anda boleh terus login ePesara PDRM. Berikut adalah langkah-langkah untuk login :

  1. Buka laman web rasmi ePesara PDRM
  2. Log Masuk ePesara PDRM
  3. Masukkan Id Pengguna dan Kata Laluan anda
  4. Tekan log masuk
  5. Paparan utama akan terpapar dan anda telah berjaya login

Leave a Comment