KWSP Majikan : Login Dan Cara Daftar

Adakah anda ingin tahu bagaimana untuk menyemak penyata akaun KWSP? KWSP adalah institusi kewangan yang membantu penduduk Malaysia menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan.

Di sini, kami akan berkongsi kepada anda cara untuk mendaftar dan login i-Akaun KWSP ini. Semoga anda boleh jadikan sebagai rujukan.

Apa Itu i-Akaun KWSP

KWSP telah memperkenalkan i-Akaun untuk memudahkan ahli dan majikan melakukan urusan secara dalam talian. Dengan mempunyai akaun ini, Ahli atau Majikan boleh mengakses perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan mudah.

Muat Turun Aplikasi i-Akaun

Di bawah ini adalah pautan yang kami sediakan untuk anda muat turun aplikasi i-Akaun KWSP ini.

  1. Playstore (Android)
  2. Apple Store (IOS)

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Sebelum anda boleh menggunakan i-Akaun KWSP ini, langkah pertama adalah mendaftar akaun. Jika anda telah mempunyai akaun tersebut, anda boleh terus ke langkah seterusnya.

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar i-Akaun bagi (Majikan):

  1. Anda perlu pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan dengan lokasi anda.
  2. Bawa kad pengenalan anda dan beritahu tujuan anda untuk membuat i-Akaun.
  3. Anda akan menerima ID dan kata laluan sementara.
  4. Setelah itu, login ke laman web KWSP di pautan berikut https://www.kwsp.gov.my/.
  5. Selepas log masuk, anda boleh mengisi semua maklumat yang diminta dan menukar ID serta kata laluan kepada yang baru.
  6. Bila anda mempunyai i-Akaun, anda boleh log masuk ke dalam sistem KWSP pada bila-bila masa yang anda inginkan.

Cara Login i-Akaun KWSP

Cara-cara login ke i-Akaun KWSP bagi majikan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web yang disediakan di https://www.kwsp.gov.my/
  2. Kemudian, masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda
  3. Klik pada log masuk
  4. Selesai

Setelah ini, urusan anda akan menjadi lebih mudah dengan adanya sistem dalam talian ini. Anda tidak perlu lagi mengunjungi pejabat KWSP berdekatan untuk berurusan.

Manfaatkanlah sistem yang disediakan ini dengan sebaik mungkin. Semoga maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini dapat menjadikan urusan anda lebih mudah.

Leave a Comment