Disney Hotstar : Login Dan Cara Daftar

Disney+ Hotstar adalah salah satu platform tontonan video dalam talian yang terkenal di pelbagai negara, termasuk Malaysia. Biasanya, pelanggan menggunakan pelbagai peranti seperti telefon pintar, komputer riba, tablet, dan juga Android TV serta Apple TV untuk menonton Disney Hotstar ini.

Apa Itu Disney Hotstar?

Disney Hotstar adalah sebuah platform tontonan dalam talian yang menawarkan pelbagai jenis hiburan, termasuk filem, rancangan TV, dokumentari, sukan, dan juga program kanak-kanak. Dengan kandungan yang berkualiti dan pelbagai, Disney+ Hotstar kini menjadi pilihan utama penggemar hiburan dari seluruh dunia.

Disney Hotstar bukan sahaja menawarkan hiburan berkualiti, tetapi juga memudahkan anda menonton rancangan kegemaran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Anda boleh menikmati kandungan tontonan tanpa had, tanpa iklan, dan malah boleh memuat turun video untuk menonton tanpa perlu sambungan internet.

Tambahan pula, untuk rakyat Malaysia, terdapat kandungan dengan subtitle dan audio dalam Bahasa Melayu yang dapat membantu anda memahami jalan cerita yang anda tonton.

Cara Untuk Mendaftar

Sebelum anda boleh menggunakan akaun Disney+ Hotstar ini, langkah pertama yang perlu anda ambil adalah mendaftar akaun anda.

  1. Sila layari laman web Disney+ Hotstar. Jika anda menggunakan telefon pintar, anda boleh memuat turun aplikasi ini dari Google Play atau App Store.
  2. Kemudian klik pada “Subscribe Now”
  3. Masukkan nombor telefon anda. (Untuk mendaftar sebagai pengguna Disney+ Hotstar, anda perlu memiliki nombor telefon, dan anda tidak boleh menggunakan alamat emel)
  4. Klik pada Next
  5. Sistem akan menghantar SMS dengan kod 4 digit ke nombor telefon yang anda telah daftarkan.
  6. Masukkan kod tersebut dan klik Next
  7. Isi dan lengkapkan butiran maklumat yang diminta
  8. Setelah itu, tekan butang “Selesai” untuk menyelesaikan proses pendaftaran.

Selepas pendaftaran selesai, anda akan diarahkan ke laman pembayaran. Di laman ini, anda boleh memilih antara tiga cara pembayaran sama ada kad kredit, kad debit, atau perbankan dalam talian.

Apabila anda berjaya melakukan pembayaran, anda boleh mula menonton Disney+ Hotstar.

Leave a Comment