Cara Login HRMIS

Semua penjawat awam sama ada yang telah berkhidmat lama atau baru, pasti telah diperkenalkan dengan sistem HRMIS dan pernah log masuk ke HRMIS sejak pertama kali dilantik.

Hal ini kerana HRMIS adalah sebuah aplikasi utama yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ia bertujuan untuk memudahkan pengurusan sumber manusia di semua agensi awam di seluruh Malaysia.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara untuk login HRMIS yang boleh anda jadikan panduan. Semoga membantu.

Apa Itu HRMIS ?

HRMIS merujuk kepada singkatan Human Resource Management Information System. Sistem ini telah diwujudkan untuk melaksanakan urusan sumber manusia di setiap agensi atau organisasi. Sistem ini digunakan secara meluas dalam sektor perkhidmatan awam di Malaysia.

Ia juga merupakan aplikasi utama yang dikelola oleh kerajaan persekutuan dan setiap penjawat awam mempunyai ID masing-masing yang boleh diperoleh melalui Pentabir HRMIS di jabatan masing-masing. Sistem HRMIS ini juga berfungsi sepanjang tempoh perlantikan hingga tamat perkhidmatan.

Di Malaysia, terdapat 2 jenis HRMIS iaitu Klasik (HRMIS 1.0) dan HRMIS 2.0. HRMIS 2.0 ialah sistem dalam talian yang telah diperbaharui daripada versi Klasik sebelumnya.

Cara Login HRMIS 2.0

Untuk makluman anda, setiap penjawat awam akan diberikan ID yang boleh diperoleh melalui Pentadbir HRMIS di jabatan masing-masing.

Berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk ke HRMIS bagi mengemaskini rekod peribadi, membuat semakan, dan membuat permohonan:

  1. Buka laman web HRMIS di https://hrmis2.eghrmis.gov.my/
  2. Sila masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan
  3. Klik pada butang “hantar”
  4. Anda telah selesai dan berjaya log masuk ke akaun HRMIS anda

Untuk memudahkan kerja anda, anda boleh memasang aplikasi HRMIS 2.0 terus pada telefon pintar anda sama ada menggunakan iOS atau Android.

Pengurusan Kata Laluan HRMIS

Kata laluan perlu diubah mengikut standard Polisi Keselamatan Siber (PKS). Berikut adalah pengurusan kata laluan yang perlu anda ketahui.

  • Kata laluan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 aksara.
  • Perlu mengandungi huruf dan nombor.
  • Mengandungi aksara khas (Contoh : @, &,*)
  • Perlu ada huruf besar dan huruf kecil

Leave a Comment