TikTok Shop Malaysia – Destinasi Pembelian Terbaik

Terdapat banyak media sosial saat ini yang menyediakan platform untuk menjual barang secara resmi termasuk TikTok yang dikenali sebagai TikTok Shop, di mana anda dapat berinteraksi dengan rakan-rakan lain.

Kini, TikTok tidak hanya terkenal dengan kandungan kreatifnya tetapi juga menjadi salah satu platform e-dagang yang semakin diminati oleh pengguna di Malaysia.

Konsepnya lebih berfokus pada video review. TikTok tidak seperti Shopee/Lazada yang menawarkan banyak barang dalam satu halaman, tetapi di TikTok lebih menekankan pada video pendek yang menjelaskan fungsi barang yang dijual. Oleh karena itu, salah satu kelebihan utama ketika anda membeli di TikTok adalah anda sudah mengetahui apa dan bagaimana barang yang ingin anda beli berfungsi. Oleh itu, di sini kami tunjukkan cara bagaimana anda dapat membeli barang di TikTok Shop.

Apa Itu TikTok Shop ?

TikTok Shop merupakan platform e-dagang yang terbaru untuk bisnes dan pencipta untuk mempamer dan menjual produk terus melalui video in-Feed, LIVE dan tab pameran produk dalam TikTok untuk semua pengguna TikTok Malaysia. Dengan menggabungkan konsep hiburan dan perdagangan, TikTok Shop menawarkan pengalaman “shoppertainment” yang unik.

Syarat Untuk Daftar TikTok Shop

Terdapat dua syarat yang ditetapkan oleh TikTok untuk memenuhi kelayakan anda menggunakan TikTok Shop, iaitu:

  • Mempunyai follower lebih 1000
  • Berumur 18 tahun dan ke atas

Apabila anda telah mencapai syarat-syarat yang ditetapkan, anda dapat mendaftar sebagai penjual di TikTok Shop dan mulai menjual produk.

Cara Daftar TikTok Shop

Pastikan anda telah memiliki akaun TikTok, sama ada sebagai pengguna biasa (Creators) atau sebagai bisnis (Business) sebelum melanjutkan.

See also  Cara Buat QR Code Dengan Mudah

Langkah-langkah untuk mendaftar adalah seperti berikut:

  1. Penjual mestilah pengguna aplikasi TikTok.
  2. Gunakan nombor telefon dan e-mel atau daftar dengan akaun TikTok anda
  3. Isi borang permohonan dan lengkapkan butiran MYKAD atau Pasport anda.
  4. Tunggu keputusan permohonan dalam tempoh 1-2 hari
  5. Pautkan akaun TikTok anda dengan pergi ke profil penjual dan aktifkan akaun penjual anda dengan log masuk ke akaun TikTok Shop anda.
  6. Selesai

Cara Beli Barang Di TikTok Shop

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti sekiranya anda ingin membeli barang di TikTok Shop.

Langkah 1 : Buka aplikasi TikTok di telefon bimbit anda

Langkah 2 : Pergi ke akaun kedai yang menjual produk yang anda inginkan. Kemudian klik pada ikon “Keranjang” dan pilih produk yang anda inginkan.

Langkah 3 : Klik “Beli Sekarang” untuk melakukan pembelian produk tersebut.

Langkah 4 : Nyatakan jumlah barang yang ingin anda beli dan klik “Tambah Metode Pembayaran” untuk memilih jenis pembayaran. Pastikan anda juga memasukkan alamat pengiriman barang.

Langkah 5 : klik “Konfirmasi” untuk menyelesaikan pembelian.

Langkah 6 : Setelah anda menyelesaikan pembayaran, anda akan menerima konfirmasi pembelian yang menyertakan maklumat berkaitan pembayaran dan perkiraan waktu pengiriman.

Leave a Comment