THiJARI : Daftar Login dan Semakan Penyata Tabung Haji Online

THiJARI : Daftar Login dan Semakan Penyata Tabung Haji Online . Berita baik bagi penyimpan Tabung Haji, kini kita sudah boleh melakukan pelbagai urusan dengan mudah dan cepat tanpa perlu ke kaunter lagi.

Kini kita boleh menyemak baki akaun dan penyata Tabung Haji online hanya melalui portal rasmi THiJARI .

Cara Login THiJARI

THiJARI
  1. Layari portal rasmi seperti link ini = https://www.thijari.com.my/
  2. Pilih bahasa di bahagian atas, samada Bahasa Melayu atau English
  3. Untuk panduan ini, kami gunakan Bahasa Melayu sahaja
  4. Di bahagian ID Pengguna,masukkan ID Pengguna yang anda masukkan semasa proses pendaftaran tadi
  5. Masukkan Kata Laluan yang dipilih tadi
  6. Klik Log Masuk
  7. Kini, anda sudah berjaya login dan melihat baki amaun Tabung Haji

Syarat Sebelum Membuat Pendaftaran THiJARI Online

Sebelum anda membuat pendaftaran THiJARI online pastikan anda ikuti syarat yang disediakan seperti dibawah ini :

  1. Kemaskini maklumat peribadi anda di mana-mana kauter Tabung Haji terlebih dahulu.
  2. Pastikan anda sudah daftarkan nombor telefon bimbit anda . ( Untuk mendapatkan penghantaran nombor TAC ).
  3. Jangan lupa untuk membawa buku akaun simpanan Tabung haji sekali dan kad pengenalan kerana terdapat proses pengesahan diri yang akan dilakukan melalui ibu jari.
  4. Anda mesti menghadirkan diri , tidak boleh wakil.

THiJARI : Daftar ” Pengguna Kali Pertama”

Bagi mereka yang membuat pendaftaran kali pertama, ikuti langkah seperti di bawah :

THiJARI
  1. Layari portal rasmi seperti link ini = https://www.thijari.com.my/
  2. Pilih bahasa, sama ada Bahasa Malaysia atau English ( Di bahagian atas )
  3. Klik “Daftar” bagi Pendaftaran Kali Pertama.
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan
  5. Masukkan Nombor Akaun Tabuang Haji
  6. Klik seterusnya
  7. Jika anda menerima ralat. No telefon anda tiada dalam rekod. Sila hadir di mana-mana kaunter Tabung Haji yang bedekatan.
  8. Jika tiada masalah ralat, ini bermakna nombor IC dan nombor akaun Tabung Haji anda adalah sepadan.
  9. Isikan nombor telefon sekali lagi untuk pengesahan
  10. Sila buat semakan dan pengesahan untuk nombor IC, nombor akaun Tabung Haji dan nombor telefon bimbit dengan memasukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda.
  11. Jika tidak terima TAC, sila hubungi penyedia komunikasi anda
  12. Seterusnya,isikan butiran-butiran yang dikehendaki seperti Kata Nama, Kata Laluan, Nama Pengguna dan juga Negeri Terkini
  13. Semak semula butiran yang dimasukkan tadi
  14. Klik Terima Terma & Syarat
  15. Pendaftaran THiJARI anda kini sudah selesai
  16. Kini anda sudah boleh menggunakan dengan login menggunakan username dan password. Jadi penting untuk ingat kedua maklumat tersebut.

Semakan Penyata Tabung Haji Online

Bagi mereka yang ingin membuat Semakan Penyata Tabung Haji dengan secara mudah, Ikuti langkah-langkah yang telah dikongsikan di bawah :

  1. Layari laman web rasmi = https://www.thijari.com.my/
  2. Pastikan anda telah mempunyai akaun yang telah didaftarkan.
  3. Setelah anda daftar masuk, pilih menu Deposit dan pilih semakan penyata akaun anda . Penyata akaun akan dipaparkan.

Soalan Lazim

Sekiranya terlupa kata laluan ?

Pendeposit perlu membuat penukaran kata laluan pada menu ” Terlupa Butiran Log Masuk ” .

Bagaimana cara mendaftar THiJARI ?

Pendeposit boleh mendaftar dengan mengikuti langkah-langkah yang disediakan dalam artikel bagi memudahkan lagi membuat pendaftaran.

Apakah syarat bagi mendaftar THiJARI ?

Pendeposit perlu mempunyai akaun Tabung Haji yang aktif. Hanya akaun Tabung Haji dewasa sahaja yang boleh mendaftar.

Apakah yang perlu dilakukan jika nombor TAC disekat ?

Pendeposit perlu menghubungi Tabung Haji Contact Centre di talian +603-6207 1919 bagi tindakan selanjut

Leave a Comment