Tempat Menarik Di Selangor Tahun 2023

Selangor Darul Ehsan, sebuah negeri yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia dan mengelilingi kota metropolitan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Lokasi negeri ini sangat strategik dimana terdapat banyak pusat pelancongan yang menarik untuk dilawati.

Negeri Selangor terdiri daripada beberapa daerah yang berbeza dan setiap daerah menawarkan tarikan pelancongan yang istimewa. Pelancong yang berkunjung ke negeri ini pasti akan menemui sesuatu yang menarik dan unik dalam setiap daerah yang mereka lawati.

Anda mesti ingin tahu apa yang membuat negeri Selangor begitu istimewa? Disini kami akan kongsikan beberapa tempat menarik di Selangor yang membuat anda tertarik untuk mengunjunginya. Teruskan membaca.

10 Tempat Menarik Di Selangor

1. Sunway Lagoon Theme Park

Taman tema Sunway Lagoon di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor, Malaysia dimiliki oleh Sunway Group.

Pelbagai tarikan yang ada di Taman Tema Sunway Lagoon pastinya membuatkan anak-anak anda tidak sabar untuk menerokai permainan dan aktiviti yang menarik. Umumnya, terdapat 6 tarikan utama di sini iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Scream Park, Lost Lagoon & Extreme Park.

Tempat Menarik Di Selangor

2. Zoo Negara

Destinasi Zoo Negara di Selangor adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang bercuti bersama anak-anak. Pelbagai haiwan liar menarik yang dibawakan khas dari dalam dan luar negara pasti akan menjadi satu pengalaman baru untuk mereka. Namun, perlu diingat bahawa menjelajahi Zoo Negara yang sangat luas ini memerlukan masa yang agak lama selama kira-kira 2-3 jam.

Di Zoo Negara, terdapat lebih daripada 476 spesis haiwan yang boleh dilihat oleh pengunjung. Haiwan-haiwan ini merangkumi mamalia, burung-burung, amfibia, ikan dan reptilia.

Tempat Menarik Di Selangor

3. Bukit Broga

Bukit Broga juga dikenali sebagai Bukit Lalang yang mempunyai ketinggian sehingga 400 meter atau sekitar 1,300 kaki. Pendakian ke puncaknya menawarkan pemandangan yang menakjubkan di kawasan sekitarnya. Bukit Broga juga memiliki 3 buah puncak.

See also  Permohonan Jawatan Kosong Guru MARA 2022 : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Puncak pertama memberikan pemandangan hingga ke Menara KL asalkan cuaca tidak menghalangi. Sementara itu dari puncak kedua, anda dapat menikmati pemandangan matahari terbit yang sangat memukau dan pendakian sebaiknya dimulakan seawal mungkin supaya tidak terlepas pemandangan tersebut.

Puncak yang terakhir, anda akan dapat menikmati pemandangan yang menarik setelah mencapai puncak yang tertinggi. Namun, disarankan untuk datang sebelum waktu tengahari agar dapat menghindari sinar matahari yang terik.

Tempat Menarik Di Selangor

4. Hutan Lipur Sungai Congkak

Destinasi air terjun yang sering dikunjungi untuk bersantai bersama keluarga pada hujung minggu. Anda juga dapat berendam dan mandi manda di sini dimana airnya sejuk dan jernih.

Air terjun di sini adalah antara tempat berkelah di selangor yang paling best untuk seisi keluarga.

Tempat Menarik Di Selangor

5. Bukit Melawati

Di Kuala Selangor, terdapat satu tempat tarikan di kawasan hijau berbukit-bukau di mana anda boleh melihat pemandangan persekitaran dari puncak bukit. Kawasan ini mempunyai sejarah yang tersendiri iaitu dengan terdapatnya makam, meriam, dan bangunan bersejarah yang masih dapat ditemui hingga kini.

Tempat Menarik Di Selangor

6. Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor

Sebuah galeri seni yang memaparkan hasil karya tangan dan budaya ketamadunan Islam. Di sini sering diadakan pameran, yang terbaru menampilkan artifak peninggalan Rasulullah. Hal ini benar-benar menarik.

Bukan itu sahaja, terdapat juga galeri dan pusat budaya yang menampilkan seni Islam kontemporer, objek reka bentuk, dan manuskrip Quran.

Tempat Menarik Di Selangor

7. Trick Art Museum i-City

Trick Art Museum i-City menampilkan pameran lukisan-lukisan berdasarkan teknik seni lukisan purba Trompe L’oeil. Lukisan-lukisan tersebut dihasilkan dengan teknik ini dan kelihatan realistik serta hidup dalam 3 dimensi.

Pameran ini pasti akan membuatkan anda terus tertanya-tanya betul atau tidak pandangan mata anda seolah-olah lukisan itu benar-benar ada di hadapan anda dan boleh disentuh. Namun, begitu anda mendekatinya anda akan sedar bahawa lukisan tersebut hanyalah suatu ilusi yang menipu mata anda.

See also  TNB Online : Semak Bil MyTNB 2021
Tempat Menarik Di Selangor

8. Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi

Sekarang ini, mudah untuk melihat panda secara langsung. Dahulu, kita perlu pergi ke zoo yang terpilih di luar negara untuk melihatnya. Namun kini situasinya telah berubah.

Di Pusat Pemuliharaan Panda yang terletak di dalam Zoo Negara, kita kini dapat menonton telatah panda yang gebu berbulu tersebut tanpa perlu terbang ke zoo terpilih di luar negara seperti dahulu.

Tempat Menarik Di Selangor

9. Kuala Selangor Fireflies

Kawasan taman ini menawarkan perjalanan bot petang untuk melihat koloni besar kunang-kunang yang tinggal di bakau.

Di sini anda akan mendapat pengalaman yang sangat menakjubkan di mana sungai yang gelap akan diterangi oleh sumber cahaya semulajadi seperti bulan, bintang, dan kelip-kelip di habitat semulajadi mereka.

Tempat Menarik Di Selangor

10. Setia City Mall

Di Setia Alam Shah Alam, terdapat pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik.

Dataran pusat membeli-belah ini menjadi tumpuan ramai pada waktu malam dengan pelbagai aktiviti menarik seperti sewaan skuter, gerai makanan, dan banyak lagi yang boleh dilakukan. Tambahan pula, setia alam memang dikenali sebagai tempat menarik di selangor dan terdapat banyak kedai makan sedap di sini.

Tempat Menarik Di Selangor

Leave a Comment