Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri adalah satu perayaan penting dan terbesar yang diraikan oleh umat Islam. Ia merupakan cuti kebangsaan dan tanda bahawa bulan puasa Ramadan telah berakhir.

Semasa perayaan Aidilfitri banyak orang Islam serta yang bukan Islam akan pulang ke kampung halaman untuk bersama dengan keluarga menyambut perayaan ini. Hari Raya Aidilfitri adalah masa di mana keluarga dan rakan-rakan saling meminta maaf antara satu sama lain, bersembahyang di masjid dan mengunjungi saudara-mara dan kawan-kawan.

Selain itu, terdapat pelbagai hidangan Melayu tradisional disajikan seperti ketupat, rendang, lemang, kuih-muih, serta manisan tradisional seperti wajik dan dodol yang menjadi simbolik pada Hari Raya. Biasanya rumah terbuka juga sering diadakan di rumah-rumah, pejabat, syarikat dan tepat-tempat lain semasa Hari Raya.

Bukan itu sahaja, menjelang hari raya kanak-kanak biasanya merupakan golongan yang paling gembira kerana mereka akan menerima ‘duit raya’ daripada ibu bapa atau orang yang lebih tua.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024, 2025 Dan 2026

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tarikh Hari Raya Aidilfitri juga ditentukan mengikut kaedah melihat anak bulan / rukyah, sama seperti menentukan bulan puasa Ramadhan.

Di bawah ini adalah tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 2024, 2025 dan 2026 yang dapat anda jadikan panduan.

TahunTarikhHariCutiNegeri
202410 AprRabuHari Raya AidilfitriSemua Negeri
202411 AprKhamisHari Raya Aidilfitri Hari KeduaSemua Negeri
202531 MacIsninHari Raya AidilfitriSemua Negeri
20251 AprSelasaHari Raya Aidilfitri Hari KeduaSemua Negeri
202620 MacJumaatHari Raya AidilfitriSemua Negeri
202621 MacSabtuHari Raya Aidilfitri Hari KeduaSemua Negeri
202622 MacAhadCuti Hari Raya AidilfitriJohor, Kedah,
Kelantan &
Terengganu

Perkongsian di atas merujuk kepada tarikh Hari Raya dan juga cuti umum bagi seluruh Malaysia yang terdapat pada kalender. Walau bagaimanapun, tarikh ini masih belum muktamad sepenuhnya. 

See also  Puasa 6 : Niat Dan Cara Mengerjakannya

Semoga perkongsian yang kami kongsikan ini, bermanfaat untuk anda.

Leave a Comment