Syarat Masuk Ke Kolej Vokasional

Seperti yang kita tahu, pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha memajukan negara. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Kolej Vokasional (KV) dengan tujuan memberikan pendidikan berfokuskan kemahiran kepada pelajar. Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk mengembangkan sekolah berkemahiran sebagai respons terhadap keperluan industri yang menginginkan graduan yang lebih kompeten, selari dengan kehendak majikan.

Oleh itu, buat pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke kolej vokasional, kini anda boleh membuat permohonan kemasukan secara online.

Syarat Kelayakan Masuk Ke Kolej Vokasional

Sebelum membuat permohonan, anda perlu mengetahui syarat kelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Vokasional (KV).

Syarat-syarat umum

  • Calon adalah warganegara Malaysia
  • Calon adalah pelajar di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan yang dikelola oleh KPM
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon mesti mendaftar modul pengurusan murid
  • Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun Semasa yang merangkumi¬†:
    • Pentaksiran Sekolah (PS)
    • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
    • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
    • ¬†Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
  • Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  • Calon TIDAK RABUN WARNA atau BUTA WARNA
  • Calon berminat dengan program yang dipohon

Cara Permohonan

Permohonan untuk masuk ke Kolej Vokasional pada tahun 2023 telah dibuka dari 1 Ogos hingga 17 September 2023. Sekiranya anda ingin memohon, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Buka pautan yang disediakan di https://spskt4.moe.gov.my

See also  Permohonan BISTARI 2022 : Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah

Leave a Comment