Sub kluster covid-19 baru di Kuantan

Kementerian kesihatan Malaysia (kkm) telah mengenalpasti subkluster terbaharu di Kuantan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mengulas hal tersebut disebabkan aktiviti tertumpu yang dijalankan oleh KKM, membuat saringan serta test pada kumpulan yang dianggap berisiko tinggi.

Kluster yang disebut sebagai kluster bali itu adalah membabitkan golongan pesakit serta anggot kesihatan pusat perubatan di kuantan.

20 orang telah dikenal pasti dalam kluster ini , sehingga 13 april 2020.

14 orang daripadanya sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, manakala dua orang telahpun discaj, dan selebihnya 3 orang sedang dirawat di ICU.

“Daripada semua jumlah itu, terdapat tiga anggota kesihatan yang terbabit dalam kluster ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes indeks (kes ke-4,684) bagi kluster itu mempunyai sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia dan kemudian mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1,575 iaitu abang kepada kes indeks.

“Kes ke-1,575 kemudian sudah menjangkiti tujuh kes generasi kedua dan 11 kes generasi ketiga.

“Terdapat 339 kontak rapat sudah dikenal pasti dan ujian saringan COVID-19 dijalankan termasuk 202 anggota kesihatan.,” katanya.

See also  Permohonan BSP 2022 : Skim Biasiswa Sukan Persekutuan

Leave a Comment