SSM EBiz : Daftar Perniagaan Online

Pada masa kini, ramai memiliki perniagaan tetapi tidak semua orang memilih untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sekarang, anda boleh mendaftar perniagaan anda secara dalam talian dengan mudah menggunakan ezBiz SSM. Ini adalah pilihan yang sangat baik terutama jika anda baru bermula dalam perniagaan dan ingin mengambilnya dengan serius.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan bagaimana untuk mendaftar SSM secara dalam talian, memberikan panduan yang berguna untuk anda.

Apa Itu ezBiz SSM?

uruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperkenalkan portal ezbiz yang membolehkan anda mendaftar perniagaan baru di kaunter atau memperbaharui secara dalam talian.

Syarat Pendaftaran SSM

Sebelum memohon lesen perniagaan, anda perlu memenuhi syarat-syarat pendaftaran SSM yang berikut:

  1. Pemilik mestillah warganegara Malaysia dan penduduk tetap
  2. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
  3. Hanya pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan
  4. Perniagaan atau tempat utama perniagaan beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan

Cara Daftar ezBiz SSM Online

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar ezBiz SSM yang boleh anda ikuti:

  1. Buka laman web ezBiz SSM di https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Klik pada SIGN UP untuk mendaftar pertama kali
  3. Pada ruangan ID TYPE, pilih NRIC (nombor kad pengenalan)
  4. Masukkan nombor kad pengenalan diruangan ID No dan isikan nama penuh anda
  5. Kemudian, tekan Register
  6. Anda telah mendaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi belum mendaftarkan perniagaan anda di SSM.
  7. Untuk melengkapkan proses pendaftaran, anda perlu mengunjungi salah satu kaunter SSM dan membawa kad pengenalan serta notifikasi yang anda terima melalui emel pengguna
  8. Selepas itu, anda akan aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat
  9. Selepas ID anda diaktifkan, sila login semula ke laman web ezBiz
  10.  Kemudian, untuk daftar syarikat di SSM, sila pilih menu MY BUSINESS SERVICE
  11.  Pilih tab NEW BUSINESS di bawah submenu NEW BUSINESS REGISTRATION.
  12. Isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  13. Setelah selesai, pembayaran boleh dibuat mengikut kaedah yang anda pilih
  14. Jika berjaya, notifikasi pengesahan akan diterima daripada SSM
  15. Dalam tempoh satu jam dari masa pembayaran dibuat, anda boleh mendapatkan Perakuan Pendaftaran Perniagaan
See also  Permohonan MyICE 2022 : Geran Pertubuhan Berdaftar

Leave a Comment