SPGATM : Semakan Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia

Portal Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia (SPGATM) membolehkan semua pegawai dan anggota tentera membuat semakan penyata gaji bulanan masing-masing. Dengan menggunakan portal ini, mereka dapat memeriksa penyata gaji mereka secara mudah dan efisien tanpa perlu melakukannya secara manual.

Apa itu SPGATM ?

Pada tahun 2019, kerajaan telah memperkenalkan Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia (SPGATM), sebuah portal yang bertujuan untuk memudahkan anggota tentera dalam memperoleh penyata gaji mereka.

Cara Daftar Masuk / Login Sistem Gaji ATM (SPGATM)

Berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk ke portal SPGATM bagi melakukakan semakan penyata gaji dan sebagainya:

  1. Sila layari https://spgatm.ugat.mil.my/
  2. Masukkan nombor tentera, nombor kad pengenalan dan emel yang sah. Langkah ini perlu dilakukan untuk anda yang login buat kali pertama.
  3. Kemudian sila tukarkan nama pengguna dan kata laluan untuk tujuan keselamatan.

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji ATM

Untuk jadual tarikh pembayaran gaji ATM boleh disemak seperti yang dikongsikan pada gambar dibawah ini.

Semakan Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia.

Maklumat Gaji & Elaun Angkatan Tentera Malaysia

Dibawah ini adalah maklumat berkaitan gaji dan elaun Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

ELAUN

  • Elaun Pakaian Istiadat bagi Pegawai RM 1500.00 setiap 3 tahun sekali.
  • Elaun Pakaian Tahunan Pegawai RM 500.00 setahun.
  • Tuntutan perjalanan ke tempat kerja.
  • Elaun Bantuan Sara Hidup.
  • Elaun Kepakaran bagi yang layak.
  • Elaun insentif khas ATM RM 200.00 sebulan.

INSENTIF

  • Pemberian insentif bagi anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM dan tawaran pengajian tinggi.
  • Bonus tahunan (jika ada).
  • Khairat kematian RM3000.00.
See also  Panduan Lengkap Cara Menjadi Affiliate Shopee

KEMUDAHAN

  • Rawatan Perubatan Percuma termasuk untuk keluarga dan Ibu Bapa.
  • Wad Kelas 1 di Hospital Kerajaan (Ikut Pangkat).
  • Pinjaman Perumahan/ Kenderaan/ Komputer/ Pendidikan.
  • Rumah Keluarga bagi anggota/pegawai yang telah berkahwin.
  • Penginapan serta sajian di Wisma-wisma mengikut pangkat bagi anggota/Pegawai Bujang.
  • Kemudahan membeli-belah di PERNAMA.
  • Rebet 25% Tambang KTMB.
  • Waran perjalanan.
  • Insuran Kelompok ATM.
  • Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD dengan tajaan ATM.
  • Cuti Tahunan dengan bilangan hari mengikut pangkat.
  • Kemudahan dan perbelanjaan perubatan bagi anggota tentera dan tanggungan:
    • Rawatan di Hospital Angkatan tentera dan Rumah Sakit Angkatan Tentera seluruh Malaysia.
    • Rawatan di Institut Jantung Negara.
    • Rawatan penyakit buah pinggang di Pusat dialysis swasta.
    • Rawatan kemandulan primer.
    • Rawatan kecemasan di hospital/klinik swasta.
    • Rawatan d luar Negara bergantung kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
    • Kemudahan perubatan yang tidak dapat dibekalkan/disediakan (ubat, alat, perkhidmatan, perubatan oleh klinik kerajaan)
  • Bantuan perbekalan alatan.
    • Pembekalan lat Ortopedik.
    • Pembekalan kerusi roda.
    • Alatbantu pendengaran.
    • Pembekalan alat-alat lain.
  • Ransum percuma semasa latihan/kursus/bertugas.
  • Latihan Peralihan sebelum Tamat Perkhidmatan.
  • Kemudahan Pinjaman Koperasi Tentera.
  • Keahlian dalam Kelab Rekreasi.
  • Kemudahan Sukan dan Rekreasi.
  • Pinjaman Tabung Pendidikan ATM (TAPAT) dan skim Pinjaman Pendidikan ATM (SPAAT) –Pinjaman Pendidikan Tinggi Tanpa Faedah.
  • Kemudahan Caruman Sukarela Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Leave a Comment