Skim Mysalam Tahun 2023 : Mohon Dan Semakan

Apa Itu Mysalam?

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Tujuan mySalam ini adalah untuk menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial yang bertujuan membantu golongan miskin yang memerlukan sokongan kewangan ketika menghadapi penyakit-penyakit kritikal.

Pada awal diperkenalkan pada Januari 2019, program ini memberikan bantuan kepada keluarga dengan pendapatan bulanan terendah, iaitu golongan (B40), yang juga merupakan penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).

Syarat Kelayakan

Seseorang akan layak menerima manfaat daripada mySalam jika mereka memenuhi kriteria berikut:

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
  • Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Cara Mohon mySalam

Penting untuk diingat bahawa tidak perlu mengemukakan permohonan bagi mySalam 2023. Senarai penerima terkini akan bergantung kepada penerima dan pasangan yang telah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada tahun 2020, serta bantuan tunai rakyat 2023.

Cara Semakan Kelayakan mySalam

Semakan kelayakan mySalam boleh dibuat secara dalam talian. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:

  1. Sila layari laman web mySalam di https://www.mysalam.com.my/
  2. Isi nombor kad pengenalan anda tanpa ada sengkang (-)
  3. Kemudian, klik pada semak
See also  Proton X50: Harga, Spesifikasi dan Reviews Pengguna

Jika anda memenuhi syarat, paparan akan menunjukkan “Anda layak untuk skim perlindungan B40 mySalam.” Namun, jika anda tidak memenuhi syarat, paparan akan menunjukkan “Harap maaf, anda tidak layak menerima untuk skim perlindungan masyarakat mySalam.

Senarai Penyakit yang Dilindungi mySalam

Dibawah ini tertera senarai 45 penyakit kritikal yang diberikan perlindungan melalui skim mySalam.

Leave a Comment