Skim Khairat Kematian BSN : Cara Memohon

Tahukah anda bahawa kerajaan telah menyediakan Skim Khairat Kematian (SKK) kepada waris penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai bantuan tambahan jika berlaku kematian? Waris yang layak boleh memohon atau membuat tuntutan di pejabat LHDN dengan mengemukakan dokumen yang diperlukan.

Oleh itu, di sini kami akan kongsikan cara untuk memohon Skim Khairat Kematian (SKK) yang dapat anda jadikan rujukan.

Apa Itu Skim Khairat Kematian ?

Skim Khairat Kematian (SKK) merupakan satu program di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memberikan bantuan kewangan secara tunai kepada pemohon atau pasangan yang telah lulus untuk menerima STR, tetapi kemudian meninggal dunia pada tahun semasa.

Tujuan bantuan ikhlas ini adalah untuk meringankan beban ahli keluarga atau waris mereka yang telah meninggal dunia. Dimana ia bertujuan untuk membantu menanggung kos sara hidup keluarga dan anak-anak mereka yang telah meninggal dunia.

Skim Khairat Kematian (SKK)

Jumlah Tuntutan

Jumlah tuntutan SKK adalah sebanyak RM1,000 untuk setiap individu yang layak dan boleh dibuat mulai dari 17 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk Skim Khairat Kematian (SKK) yang perlu anda ketahui.

  • Apabila kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk mengambil wang SKK, waris yang telah mendaftar boleh diwakilkan untuk membuat tuntutan.
  • Semua penerima STR (berstatus LULUS) digalakkan untuk mengemukan dan mendaftar maklumat waris kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi tujuan berikut:
    • Urusan penunaian STR terhad sekiranya pemohon/pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah; dan/atau
    • Urusan tuntutan SKK
  • Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walau bagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu di bawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Waris yang layak didaftarkan adalah pasangan, ibu, bapa, anak (Kandung/Tiri/Angkat), adik-beradik dan cucu.
See also  Semakan JPJ Malaysia - Status Kenderaan

Cara Memohon

Untuk memohon Skim Khairat Kematian (SKK) ini, langkah yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:

  1. Anda boleh membuat tuntutan secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia.
  2. Dokumen yang perlu dibawa ketika membuat tuntutan SKK di BSN adalah:
    • Sijil Kematian Pemohon/Pasangan;
    • Kad Pengenalan asal Waris; dan
    • Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN

Leave a Comment