Shakilla Khoriri Kesal Disangka Warga Singapura, Dihalang Isi Minyak

admin

shakila isi minyak

KUALA LUMPUR: Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa kecewa di Instagram Story selepas mendakwa tidak dibenarkan mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Denai Alam, Shah Alam, pagi tadi, hanya kerana disangka warga Singapura.

Menurut Shakilla, kejadian berlaku ketika dia sedang menghantar anaknya, Ameena Sofia, ke sekolah. โ€œAku berhenti di stesen minyak, tetapi seorang lelaki menegur pekerja stesen dan meminta agar aku tidak dibenarkan mengisi minyak kerana menyangka aku bukan warga Malaysia,โ€ tulis Shakilla.

Shakilla, 34, geram apabila lelaki tersebut membuat andaian berdasarkan huruf pangkal nombor pendaftaran kenderaannya, yang bermula dengan abjad SK. โ€œPlat SK ini Singapura ke? Tolong kutip ilmu sebelum buat andaian,โ€ luahnya, sambil menyatakan kekesalan terhadap tindakan lelaki tersebut.

See also  Ayda Jebat Terharu Diberi Kepercayaan di SFMM 39

Leave a Comment