Senarai Tempat Menarik Di Johor Bahru

Johor Bahru adalah merupakan satu bandar besar dan ibu negeri kepada Johor Darul Takzim atau popular dikenali dengan gelaran JDT. Sebuah negeri yang terletak bersebelahan dengan negara jiran kita Kota Singa, Singapura.

Sebelum ini, tidak ramai yang menyedari potensi bandar besar ini walaupun ia bersebelahan dengan Singapura. Namun, pada beberapa tahun terakhir populariti bandar ini telah berkembang pesat dan ia berjaya menarik perhatian banyak orang untuk datang sama ada untuk tujuan bisnes atau bercuti di Johor.

Sekiranya anda ingin bercuti ke Johor, anda boleh cuba semak senarai tempat menarik dibawah ini.

10 Tempat Menarik di Johor Bahru (2023)

Senarai tempat menarik di Johor

1. Legoland

Jika anda mencari destinasi rekreasi untuk anak-anak, Legoland adalah tempat yang wajib dikunjungi.

Sebelum datang ke sini, pastikan anda merancang dengan teliti terlebih dahulu kerana Theme Park dan Water Park yang terdapat di sini pastinya akan membuatkan anak-anak anda ingin berada di sini lebih dari satu hari.

Boleh tengok sini untuk harga ticket legoland 

Senarai tempat menarik di Johor

2. Teluk Danga

Teluk Danga merupakan salah satu destinasi popular di Johor Bahru, terutama bagi ibu bapa yang membawa anak kecil. Taman rekreasi ini menawarkan pelbagai acara hiburan yang sesuai untuk kanak-kanak bersama ibu bapa mereka. Ia mempunyai pesta ria dan pameran hiburan mengikut cara lama yang dilengkapi dengan tunggangan yang terdiri daripada Pirate Ship, Teacups hingga ke Jumping Frog dan Nemo Ride.

See also  Panduan Lengkap Cara Menjadi Affiliate Shopee
Senarai tempat menarik di Johor

3. Zoo Johor

Zoo Johor merupakan sebuah zoo mini yang menjadi taman perlindungan bagi ratusan spesis burung dan haiwan liar yang berbeza. Waktu terbaik untuk melawat zoo ini adalah antara jam 9 pagi hingga 11 pagi, di mana pengunjung dapat menyaksikan haiwan nokturnal yang mungkin masih terjaga. Biasanya, haiwan ini akan aktif pada waktu malam dan tidur pada waktu siang.

Senarai tempat menarik di Johor

4. Pantai Desaru

Pantai Desaru adalah destinasi percutian yang cukup sempurna untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Pantai menarik di Johor Bahru ini mempunyai air laut yang jernih dan udara yang segar. Di tepi pantai ini juga terdapat gerai dan kedai yang menjual minuman, aiskrim dan makanan ringan.

Senarai tempat menarik di Johor

5. Bazar Johor

Bazar Johor atau lebih dikenali sebagai Bazar Karat, merupakan sebuah bazar malam yang terletak berdekatan dengan City Square Mall dan diperluaskan ke seluruh kawasan sekitar. Bazar yang meriah ini dipenuhi dengan gerai-gerai pakaian, perhiasan, peralatan rumah, dan makanan jalanan yang lazat. Sebagaimana namanya, “karat” merujuk kepada barangan terpakai dan vintaj, dan kebanyakan barangan dijual di sini berasal dari China dan negara-negara Asia Tenggara dengan harga yang berpatutan. Selain daripada itu, terdapat juga kafe dan gerai kecil yang unik yang menjual makanan tempatan di sepanjang jalan.

Senarai tempat menarik di Johor

6. Taman Merdeka

Taman Merdeka merupakan sebuah taman bandar landskap yang dilengkapi dengan peralatan permainan dan senaman yang sesuai untuk aktiviti luar. Ia juga menjadi salah satu destinasi tempat menarik di Johor Bahru yang memperingati dan menghargai tokoh-tokoh pahlawan dan perjuangan mereka untuk kemerdekaan tanah air ini. Di sini, terdapat paparan sejarah singkat Malaysia dalam mencapai kemerdekaan dan kebebasan. Pada malam hari, ada juga pertunjukan air pancut muzikal yang menarik yang membuatkan taman ini menjadi lebih meriah.

See also  Cara Permohonan Mykid Di JPN
Senarai tempat menarik di Johor

7. Taman Kelip-kelip Kota Tinggi

Disini anda berpeluang untuk menikmati pengalaman unik menonton kelip-kelip di Johor Bahru, dengan pilihan sama ada berjalan-jalan atau menaiki bot di sungai.

Walaupun kelip-kelip di kawasan Johor ini tidak sebanyak di Kampung Kuantan Selangor, tapi tetap memberikan pengalaman yang indah untuk diingati.

Senarai tempat menarik di Johor

8. Muzium Warisan Cina Johor Bahru

Muzium ini memaparkan sejarah penduduk Cina di Johor Bahru dan menumpukan perhatian kepada pengasas bandar ini, zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu, serta pengeluaran gambir dan lada. Dua tingkat pertama tarikan di Johor Bahru ini mengandungi banyak informasi dan artifak tentang pelbagai komuniti Cina yang tinggal di kawasan ini dan sumbangan mereka kepada pertumbuhan bandar.

Senarai tempat menarik di Johor

9. Desaru Coast Adventure Water Park

Lokasi Desaru Coast Adventure Water Park mudah ditemui kerana berdekatan Hard Rock Hotel, Desaru.

Menariknya, waterpark di Johor ini mempunyai roller coaster dan merupakan salah satu taman tema air terbesar di dunia.

Senarai tempat menarik di Johor

10. Desaru Fruit Farm

Salah satu tarikan di Johor Bahru ialah Desaru Fruit Farm, sebuah ladang buah-buahan yang menawarkan lebih daripada 100 jenis buah tropika, 10 taman herba, ladang haiwan dan kolam koi yang besar.

Antara aktiviti menarik lain Desaru Fruit Farm ini ialah dapat melihat lebah, taman herba dan sayur-sayuran, memberi makan kepada arnab dan kambing di zoo mini.

Pengunjung juga boleh menikmati bufet buah-buahan dan melakukan aktiviti lasak seperti kart ride dan paintball.

Leave a Comment