Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2021 ( e-Filing )

Berikut adalah Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2021 ( e-Filing ) yang akan dihantar ke LHDN pada 2021.

Untuk makluman, “Paparan ini sah sehingga pindaan baharu diwartakan”.

Senarai Pelepasan Cukai 2021 (e-Filing)

senarai pelepasan cukai

Maksud Pelepasan Cukai

secara umumnya pelepasan cukai ialah amaun cukai yang anda tidak perlu bayar sebab anda layak. Ini bermakna, dengan dapat pelepasan cukai, anda akan bayar amaun yang lebih rendah.

Perbezaan amaun itu, anda boleh claim semula dari LHDN.

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu

Maklumat bagi senarai pelepasan cukai pendapatan individu LHDN bagi tahun taksiran 2020 akan dikemaskini. Berikut dikongsikan maklumat senarai rebat dan pelepasan cukai pendapatan individu termasuk jenis potonganrebat, had potongan dan jumlah amaun dalam Ringgit Malaysia.

Untuk kemudahan pembayar cukai, beberapa langkah mudah dalam menuntut pelepasan cukai pendapatan individu adalah seperti berikut :

  1. Memaksimumkan potongan dengan pembelian buku, insurans, tablets, telefon pintar dan komputer ( gaya hidup ).
  2. Pemeriksaan perubatan
  3. Pembelian peralatan sukan
  4. Memfailkan cukai secara berasingan sekiranya anda berkahwin

Adakah Anda Layak Dikenakan Cukai ?

Bagi mereka yang belum lagi mengetahui sama ada mereka perlu dikenakan cukai atau tidak. Mereka boleh lihat dibawah pendapatan yang seharusnya layak dikenakan cukai :

See also  UOB : Login Dan Cara Daftar Online Banking

Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan sehingga RM 34,000 ( selepas potongan KWSP perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Sekiranya anda Layak dikenakan Cukai ?

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah :

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini.
  • Satu salinan kad pengenalan / kad pengenalan polis / kad pengenalan tentera / passport antarabangsa.
  • Satu salinan sijil perkahwinan ( Jika ada ).
  • Nada juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar

Sekiranya Tidak Menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan

Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk individu yang bermastautin dan tidak mempunyai pendapatan perniagaan iaitu Borang BE akan dikeluarkan dan diposkkn kepada semua pembayar cukai pada setiap tahun melalui proses Pengeluaran Am.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dinyatakan di atas, borang tersebut boleh diperolehi dari :

  • Cawangan LHDNM yang berdekatan, atau
  • Jabatan Pemprosesan Maklumat, Bandar Baru Bangi Selangoratau
  • Muat turun dari laman web LHDNM. Walau bagaimanapun, mulai tahun taksiran 2010, pembayar cukai adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dimuat turun dari laman web untuk tujuan pengemukaan. Borang Nyata Cukai Pendapatan dalam bentuk PDF adalah untuk tujuan rujukan sahaja.

Untuk makluman, salinan fotostat Borang Nyata Cukai Pendapatan tidak diterima untuk pengemukaan.

Anda adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan e-Filing jika tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan.

Maklumat Lanjut Tentang Senarai Pelepasan Cukai 2021

Sila layari laman web http://www.hasil.gov.my/ atau hubungi cawangan LHDNM atau pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-89111000 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Senarai Pelepasan Cukai 2021 e-Filing.

See also  Permohonan MyICE 2022 : Geran Pertubuhan Berdaftar

Soalan Lazim

Apakah maksud pelepasan cukai ?

Pelepasan Cukai ialah amaun cukai yang anda tidak perlu bayar sebab anda layak. Ini bermakna, dengan dapat pelepasan cukai, anda akan bayar amaun yang lebih rendah.

Sekiranya anda Layak dikenakan Cukai ?

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran. Pastikan sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti tertea di dalam artikel.

Apkah salah satu cara untuk menuntut pelepasa cukai pendapatan bagi individu ?

Salah satu langkah mudah dalam menuntut pelepasan cukai pendapatan individu adalah ; Memaksimumkan potongan dengan pembelian buku, insurans, tablets, telefon pintar dan komputer ( gaya hidup ).

Berapakah had minimum penggajian individu untuk dikenakan cukai ?

Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan sehingga RM 34,000 ( selepas potongan KWSP perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Leave a Comment