Senarai Mata Pelajaran Dan Aliran Tingkatan 4

Biasanya selepas mengambil peperiksaan PT3, ramai pelajar akan tertanya-tanya mengenai pilihan aliran yang sesuai untuk tingkatan 4. Seperti yang kita sedia maklum, pemilihan aliran untuk tingkatan 4 ini dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk keputusan dalam peperiksaan PT3, minat peribadi pelajar, nasihat daripada guru, dan kemampuan pelajar.

Oleh itu, pemilihan aliran selepas lulus PT3 sangat penting. Ini kerana ia membantu pelajar mengetahui dengan lebih jelas apa yang mereka mahukan dan impian untuk masa depan seiring dengan aliran yang mereka pilih.

Fakta Yang Perlu Anda Tahu

  1. Bermula tahun 2020, KPM telah memutuskan tiada lagi aliran sains dan aliran sastera.
  2. Pelajar diberi kebebasan untuk memilih subjek mengikut minat dan kebolehan mereka
  3. Anda hanya boleh mengambil maksimum 10 subjek sahaja untuk SPM.

Senarai Mata Pelajaran Dan Aliran

Berikut adalah senarai mata pelajaran yang ditawarkan mengikut setiap aliran yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa dan pelajar selepas lulus PT3.

MATA PELAJARAN TERAS
Bahasa MelayuBahasa Inggeris
MatematikSejarah
Pendidikan Islam / moralSains
MATA PELAJARAN WAJIB
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
MATA PELAJARAN ELEKTIF
Pelajar boleh memilih maksimum LIMA mata pelajaran elektif (Rujuk jadual Subjek Elektif Bahasa, Sastera dan Pengajian Islam serta Subjek Elektif STEM)

Nota : Sistem ini tidak digunakan oleh pelajar yang bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kurikulum Bersepadu Dini (KBD), dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

Elektif Bahasa

  • Bahasa Arab
  • Bahasa Perancis
  • Bahasa Kadazandusun
  • Bahasa Jerman
  • Bahasa Cina Komunikasi
  • Bahasa Korea
  • Bahasa Jepun
  • Bahasa Semai
  • Bahasa Iban
  • Tamil
  • Bahasa Cina
See also  Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR)

Nota : Untuk mata pelajaran Bahasa Perancis, Jerman, Jepun, Korea, dan Bahasa Cina komunikasi, pengajar yang digunakan adalah di luar daripada yang biasa.

Elektif Sastera

  • Prinsip Perakaunan
  • Perniagaan
  • Pengajian Keusahawanan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik
  • Geografi
  • Kesusasteraan Melayu Komunikatif
  • Ekonomi
  • Kesusasteraan Inggeris
  • Kesusasteraan Tamil
  • Kesusasteraan Cina

Nota : Untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Kesusasteraan Inggeris, Kesusasteraan Cina, dan Kesusasteraan Tamil, anda perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 9 Tahun 2019.

Elektif Pengajian Islam

  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Syariah Islamiah
Mata Pelajaran KBD1. Usul Al-Din
2. Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah
3. Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami
4. Al-Syariah
5. Al-Adab wa Al-Balaghah
Mata Pelajaran KBT1. Hifz Al-Quran
2. Turath Dirasat Al-Islamiah
3. Turath Al-Quran wa Al-Sunnah
4. Pengaturcaraan Komputer
5. Maharat Al-Quran
6. Turath Bahasa Arab

Subjek Elektif Stem

Sains Tulen Dan Matematik Tambahan

  • Fisik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik Tambahan

Sains Gunaan Dan Teknologi

  • Sains Tambahan
  • Asas Kelestarian
  • Sains Rumah Tangga
  • Sains Komputer
  • **Pengajian Kejuruteraan Awam
  • **Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • **Lukisan Kejuruteraan
  • **Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Sains Sukan
  • Reka Cipta
  • Pertanian
  • Grafik Komunikasi Teknikal

Nota : Murid tidak boleh mengambil kedua-dua mata pelajaran Sains Tulen dan Sains Tambahan pada masa yang sama. Namun, mereka digalakkan untuk mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan.

Mata Pelajaran Vokasional

  • Pembinaan Domestik
  • Produksi Reka Tanda
  • Rekaan dan Jahitan Pakaian
  • Landskap dan Nurseri
  • Reka Bentuk Grafik Digital
  • Pemprosesan Makanan
  • Pendawaian Domestik
  • Gerontologi Asas dan Geriatik
  • Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Kerja Paip Domestik
  • Menservis Motosikal
  • Servis Peralatan Penyejukan & Penyamanan Udara
  • Kimpalan Arka dan Gas
  • Hiasan Dalaman
  • Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut
  • Menservis Automobil
  • Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
  • Produksi Multimedia
  • Tanaman Makanan
  • Katering dan Penyajian
  • Servis Peralatan Elektronik Domestik
  • Pembuatan Perabot
See also  Doa Nisfu Syaaban Dan Fadhilatnya

Leave a Comment