Kini, pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak lagi perlu bergantung kepada bil bercetak yang dihantar ke rumah. Dengan kemajuan teknologi, anda boleh menyemak dan membayar bil elektrik anda secara atas talian melalui portal atau aplikasi myTNB dengan mudah dan pantas.
Panduan untuk Semak Bil TNB Online
Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk memudahkan anda menyemak bil TNB melalui portal myTNB dan aplikasi yang disediakan.
Langkah Semak Bil TNB Melalui Portal MyTNB
Untuk melakukan semakan bil TNB secara atas talian, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web rasmi myTNB di pautan berikut: https://www.mytnb.com.my.
- Masukkan alamat emel anda yang telah didaftarkan.
- Masukkan kata laluan anda.
- Klik butang โLoginโ untuk mengakses akaun.
Setelah berjaya log masuk, paparan bil akaun TNB anda akan muncul, termasuk maklumat terkini berkaitan penggunaan elektrik dan jumlah pembayaran yang perlu dijelaskan.
Bagi pengguna yang belum daftar akuan, perlu mendaftar akaun baru. Turuti langkah-langkah seperti berikut.
- Layari laman web rasmi myTNB =
- Klik Register Now.
- Isi semua maklumat yang diperlukan termasuk Nama, No. Kad Pengenalan, Alamt Email dan Kata laluan.
- Tandakan kotak persetujuan T&C.
- Klik butang Create account.
- Masukkan pin yang diterima di nombor telefon pengguna.
- Klik Confirm untuk teruskan.
- Pemberitahuan akan diterima apabila pendaftaran berjaya.
- Klik OK untuk kembali ke halaman login.
- Setelah mengaktifkan pautan tersebut, pemberitahuan pengesahan akan dipaparkan oleh sistem. Para pengguna boleh login menggunakan alamat emel yang telah didaftarkan.
- Klik Ok
Cara Semak Bil TNB melalui Aplikasi myTNB
Selain darri semakan melalui portal myTNB , pengguna juga boleh membuat semakan bil TNB melalui aplikasi telefon mudah alih Aplikasi myTNB.
Ikuti cara mudah seperti berikut ;
1.) Download / muat turun aplikasi myTNB di goole play atau AppStore di link ini = https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mytnb.mytnb
2.) Daftar sebagai pengguna jika masih belum mendaftar sebelum ini.
- Klik Register.
- Isikan maklumat yang diminta seperti : Nama, No. Kad pengenalan, No. Telefon
- Masukkan Pin yang dihantar melalui SMS untuk pengesahan
- Tambah no akaun bil TNB ( Sekiranya sebelum ini anda pernah mendaftar, maka sistem secara automatik akan memaparkan akaun anda.
3.) Paparan Bil TNB
- Setelah selesai menambah nombor akaun, anda boleh membuat semakan bil TNB secara online termasuk bil terkini semasa serta bil terdahulu dan rekod pembayaran bil terdahulu.
4.) Bayar Bil, pay your bills TNB online
- Anda boleh membuat pembayaran terus bill payment melalui aplikasi myTNB melalui kad kredit / kad debit dan online banking
Artikel lain: Aplikasi Pangkalan Data Murid
Soalan Lazim
Bolehkah pengguna membuat semakan di telefon ?
Ya.. Pengguna boleh membuat semakan melalui Aplikasi MyTNB dan Portal MyTNB
Bolehkah bil dibayar secara ansuran ?
Tidak.. Pembayaran perlu dibayar secara penuh.
Nombor manakah saya boleh hubungi untuk bercakap dengan pihak TNB ?
Anda boleh hubungi TNB Careline di 1300885454
Berapa lamakah tempoh untuk membuat pembayaran selepas menerima bil ?
Pembayaran perlu dibuat 30 hari selepas bil dikeluarkan.
Semoga perkongsian maklumat berkaitan semakan bil TNB online ini dapat membantu memudahkan urusan semua.