Berikut adalah cara membuat semakan murid tahun 6 yang akan menyambung ke peringkat menengah pada tahun 2023 untuk rujukan ibu bapa atau penjaga.
Bagi penempatan ke sekolah khusus seperti SBP/MRSM/SMKA/SSM, boleh rujukย SEMAKAN SEKOLAH KHUSUS
Cara Semakan Penempatan Tingkatan 1 Sesi 2023
Semakan ini boleh dibuat secara atas talian atau boleh terus menghubungi sekolah masing-masing ditempat anda membuat permohonan penempatan tingkatan 1.
Ada beberapa sekolah yang akan mengadakan pendaftaran pada hari yang sama keputusan penempatan dibuka.
Oleh sebab itu, para murid danย ibu bapa diminta untukย menyediakan dokumen-dokumen penting untuk tujuan pendaftaran seperti salinan kad pengenalan/ sijil lahir dan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk memudahkan segala urusan pendaftaran.
Para murid dan ibubapa juga diminta untuk membuat pengesahan penerimaan penempatan yang ditawarkan oleh sekolah berkenaan.
Semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Menengah.
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Bagi calon-calon pemohon yang telah membuat permohonan ke Tingkatan 1, calon hendaklah menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) dan juga calon diminta untuk membuat semakan secara online.
Maklumat lanjut layari: https://malaysia.gov.my/portal/content/29513?language=my
Sekolah Seni
Keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM)/Program Pendidikan Seni (PPS)
Untuk keputusan tawaran ke SSeM/PPS juga boleh dibuat secara online dan pesanan SMS akan dihantar kepada calon yang telah berjaya memasuki SSeM/PPS.
Sekolah Sukan
Keputusan tawaran ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM)
Keputusan tawaran memasuki SSM boleh dibuat secara dalam talian dengan memasuki lamanย SSM.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Untuk keputusan permohonan yang telah berjaya akan dikeluarkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan boleh disemak secara online di portal (KPM) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Pemohon yang telah membuat permohonan ke Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) boleh membuat semakan keputusan penempatan secara online.
Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik
Untuk membuat semakan tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik boleh dibuat secara atas talianย dengan menggunakanย Sistem Aplikasi dalam talian. Surat tawaran atau senarai dokumen yang diperlukan di KV/SMT boleh dimuat turun selepas calon membuat pengesahan penerimaan sepanjang tempoh keputusan dari semakan tawaran kemasukan ke KV dan SMT dibuka. Calon yang gagal untuk membuat pengesahan penerimaan dianggap menolak tawaran tersebut.