Semakan Keputusan UPKK 2023

Pelajar-pelajar KAFA yang telah mengambil ujian UPKK 2023 pasti sangat menantikan pengumuman keputusan UPKK tersebut. Menerusi Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tarikh semakan keputusan peperiksaan UPKK akan diumumkan pada 9 Mac 2023.

Untuk ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat semakan, anda mempunyai pilihan untuk menyemak keputusan UPKK anak anda secara online atau menggunakan perkhidmatan SMS.

Apa Itu UPKK ?

UPKK adalah singkatan bagi Ujian Penilaian Kelas KAFA. UPKK merupakan ujian yang dijalankan bagi menilai kemahiran, kebolehan, dan pemahaman murid-murid tahun 5 dalam pelbagai bidang pengajian seperti Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi, Khat, dan Asas Lughatul Quran.

Kelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK

Antara kelebihan mengambil UPPK ini adalah seperti berikut:

  • Untuk menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.
  • Untuk dijadikan sokongan kemasukan ke 60 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di bawah Kementerian Pendidikan yang menjadi pilihan para ibu bapa pada masa sekarang.

Semakan Keputusan UPKK 2023

Terdapat 2 cara yang boleh anda gunakan untuk membuat semakan keputusan UPKK 2023 ini iaitu sama ada secara online atau melalui SMS

1. Semakan Secara Online

  • Layari laman web rasmi di pautan berikut https://simpeni.islam.gov.my/
  • Masukkan No. MyKid atau No. Pengenalan yang telah didaftar
  • Sila masukkan nombor angka giliran UPKK anda dan kemudian klik pada butang ‘Semak Keputusan’ untuk melihat keputusan anda
  • Keputusan penuh UPKK anda akan ditunjukkan di skrin

2. Semakan Melalui SMS

  • Anda juga boleh semak keputusan UPKK 2023 melalui SMS. Taipkan UPKKRESULT Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Sijil Lahir dan hantar ke 15888.
See also  Cara Bayar Bil Elektrik Online SESB

3. Sekolah

  • Ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK 2023 daripada sekolah anak masing-masing.

Setelah menerima keputusan, disarankan agar anda mencetak slip keputusan tersebut sebagai rujukan.

Kami harap melalui artikel ini, anda dapat buat semakan keputusan UPKK dengan lebih mudah dan cepat. Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang baik dalam UPKK.

Leave a Comment