Semakan Keputusan Pengambilan TLDM

Pada bulan September tahun lalu, permohonan bagi siri 225/23 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah ditutup. Saat ini, keputusan TLDM 2023 perlu disemak oleh semua pemohon. Sila semak keputusan anda.

Untuk pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 226/23 pula telah dibuka secara walk-in mulai 9 Jun 2023 hingga 24 Jun 2023. Persediaan perlu dibuat oleh calon dan calon dikehendaki hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan..

Pada pemilihan pengambilan kali ini, semua belia lelaki yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh mengambil bahagian.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan, syarat permohonan dan semakan keputusan permohonan TLDM.

Cara Permohonan

Semua pemohon dikehendaki hadir di lokasi pada tarikh yang telah ditetapkan. sementara itu sijil dan dokumen asal seperti berikut perlu dibawa oleh pemohon:

  1. Kad pengenalan dan 1 salinan fotostat
  2. Sijil kelahiran dan 1 salinan fotostat
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), Sijil Diploma / Transkrip Diploma beserta 1 salinan fotostat
  4. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa – 1 salinan fotostat
  5. Sijil kelahiran ibu dan bapa – 1 salinan fotostat

Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM akan dihantar melalui emel kepada calon yang berjaya melepasi tapisan. Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat dalam borang permohonan dalam tempoh 3 hari selepas borang diterima.

Syarat Permohonan

Antara syarat-syarat permohonan navy TLDM ini adalah seperti berikut:

  1. Semua calon yang mengambil bahagian hendaklah lelaki dan berwarganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga 25 tahun
  3. Lepasan Diploma atau Ijazah kejuruteraan dari Politeknik atau Universiti Awam
  4. Seorang bujang tidak pernah berkahwin 
  5.  Tidak terlibat dalam mana-mana kes jenayah
See also  Semakan Bil Air Selangor

Untuk syarat khusus untuk permohonan ini adalah seperti berikut:

  • SPM / setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu
  • Sediakan bersama sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut:
  • Diploma in Electrical Engineering
  • Diploma in Electronics Engineering
  • Diploma in Electrical and Electronic Engineering
  • Diploma in Marine Engineering
  • Diploma in Software Engineering
  • Diploma in Microelectronic EngineeringDiploma in Information Engineering
  • Diploma in Telecommunication Engineering
  • Diploma in Mechanical Engineering
  • Diploma in Mechatronic Engineering
  • Diploma in Manufacturing Engineering
  • Diploma in Engineering in Aircraft Maintenance

Semakan Keputusan Pengambilan TLDM 

Mereka yang telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke TLDM 2023, sekarang boleh menyemak status pengambilan secara atas talian.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan keputusan TLDM secara online:

  1. Sila layari laman web https://www.navy.mil.my/pengambilanllp/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan
  3. Klik pada semak

Leave a Comment