Semakan Cukai Tanah Negeri Sembilan : Cara Semak Dan Bayar

Cukai tanah juga dikenali sebagai quit rent adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas hartanah persendirian. Di Malaysia, pemilik hartanah dikehendaki membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri di mana hartanah itu terletak.

Saat ini, satu inisiatif baru telah diperkenalkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan untuk membolehkan pembayaran cukai tanah dilakukan secara dalam talian. Dengan sistem dan teknologi moden ini, anda boleh membuat semakan cukai tanah Negeri Sembilan dan membuat pembayaran tanpa perlu pergi ke pejabat tanah.

Untuk anda yang ingin tahu bagaimana cara untuk membuat semakan cukai tanah dan melakukan pembayaran secara online. Di sini kami akan kongsikan, semoga dapat membantu anda.

Semakan Cukai Tanah Negeri Sembilan

Sekiranya anda berada di Negeri Sembilan atau mempunyai hartanah di negeri tersebut, semakan dan pembayaran cukai tanah boleh dilakukan melalui portal dalam talian e-ptgns.

Untuk makluman anda, sistem ini juga dikenali sebagai e-cukai tanah Negeri Sembilan yang dikawal selia oleh pihak Pejabat Tanah Negeri.

Langkah-langkah berikut dapat diikuti untuk melakukan semakan cukai tanah:

  1. Layari portal rasmi https://e.ptgns.ns.gov.my/
  2. Anda memiliki dua pilihan kaedah semakan iaitu melalui No. Akaun/No. Hakmilik atau melalui Perincian (cukai tanah, cukai petak/strata atau lot)
  3. Untuk membuat semakan cukai tanah melalui Nombor Akaun, anda perlu memasukkan nombor akaun dan klik butang cari
  4. Manakala, semakan melalui perincian anda perlu masukkan jenis perincian pilihan anda (Contoh : Cukai Tanah)
  5. Anda perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan seperti Dropdown Daerah, Mukim/Bandar/Pekan, Jenis Hakmilik, dan Nombor Hakmilik yang akan dipaparkan. Setelah itu, tekan butang Cari.
  6. Sistem akan memaparkan maklumat terperinci mengenai carian hak milik hartanah anda dan jumlah cukai tanah semasa yang perlu dibayar
See also  eGtukar : Permohonan dan Semakan Pertukaran Guru 2021

Cara Bayar Cukai Tanah Negeri Sembilan Secara Online

Setelah anda selesai membuat semakan, kini anda boleh membuat pembayaran cukai tanah di Negeri Sembilan secara online.

  1. Di bahagian maklumat carian yang ditunjukkan tadi, klik pada butang “Tambah ke Bakul”
  2. Sistem akan mengumumkan bahawa hakmilik anda telah berjaya ditambah ke dalam bakul untuk bayaran.
  3. Seterusnya klik pada icon trolley pada bahagian atas
  4. Klik pada Teruskan kepada pembayaran
  5. Cara bayaran adalah seperti berikut:
    • Pilih akaun bank yang anda ingin gunakan
    • Isikan nama anda
    • Isikan alamat email anda
  6. Klik butang “Bayar” dan sistem akan mengarahkan anda ke perbankan dalam talian anda.
  7. Seterusnya, sila masukkan username dan password anda
  8. Kemudian, pilih cara pengesahan sama ada Secure Verification, Secure TAC atau SMS TAC
  9. Setelah pembayaran selesai, klik pada “Return To Merchant Page”
  10. Klik pada butang Click Here to Complete Your Transaction
  11. Setelah pembayaran selesai dilakukan, resit pembayaran cukai tanah akan dipaparkan
  12. Muat turun dan cetak resit pembayaran untuk rujukan anda

Semoga apa yang kami kongsikan dalam artikel ini dapat membantu anda mengetahui langkah-langkah tentang bagaimana melakukan semakan cukai tanah di Negeri Sembilan dan seterusnya membuat bayaran.

Leave a Comment