Semakan BMT LIGS (Bantuan Musim Tengkujuh)

editor

Semakan BMT LIGS (Bantuan Musim Tengkujuh)

Pelbagai subsidi diberikan dalam Belanjawan 2023 kepada golongan pesawah dan pekebun kecil getah yang bertarung dengan cuaca tidak menentu terutama sewaktu musim tengkujuh dan manfaat turut diperolehi oleh mereka tanpa terkecuali.

Apa Itu BMT

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) telah diwujudkan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas kerana mereka tidak dapat menjalankan aktiviti berkebun seperti biasa setiap kali musim hujan tiba. Tujuan BMT adalah untuk meringankan beban mereka.

Penerima yang layak akan menerima Bantuan Musim Tengkujuh pada tahun 2023 sebanyak RM800 setiap orang. Pembayaran akan dibuat dalam empat bulan dengan jumlah RM200 setiap bulan.

Syarat Kelayakan BMT 2023

Terdapat dua golongan yang layak memohon BMT ini.

1. SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun yang berdaftar dengan RISDA.
  • Memiliki keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Hanya satu penerima bantuan yang layak akan diberikan satu lot tanah.

2. SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Cara Memohon BMT 2023

Untuk membuat permohonan, anda perlu sediakan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti berikut:

1. Bagi pekebun kecil pemilik

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinannya
  • Geran asal tanah dan salinan.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

2. Bagi penoreh bukan pemilik

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinannya.
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
  • Salinan geran lot yang ditoreh.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.
  • Salinan Kad PAT-G
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah atau wakil yang sah.
See also  Gelaran Profesional Di Malaysia - Pilihan Kerjaya Yang Menjanjikan

Semakan Status BMT 2023

Sekiranya anda sudah membuat permohonan BMT, anda boleh membuat semakan status permohonan anda di laman web http://bmt.risda.gov.my.

Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan dan rujukan anda dalam membuat permohonan dan semakan BMT 2023

Leave a Comment