Semakan BKM 2022 : Tarikh Rasmi Bayaran Fasa 1 (28 Mac 2022)

Semakan BKM 2022 . Untuk makluman, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi fasa 1 akan mula disalurkan secara berperingkat kepada orang ramai yang mana layak mulai 28 Mac 2022 .

Oleh itu, status semakan BKM 2022 boleh dibuat oleh orang ramai mulai 28 Mac 2022 secara atas talian (Online).

Kategori Penerima

Kategori penerima pembayaran BKM adalah seperti berikut :

Semakan BKM 2022

Tarikh Pembayaran & Proses Pembayaran

1.) Tarikh Pembayaran

Untuk tarikh pembayaran BKM Fasa 1 akan disalurkan kepada orang ramai yang layak adalah pada tarikh berikut :

PenerimaTarikh Pembayaran
Isi rumah, warga emas, dan bujang28 Mac 2022 – 8 April 2022
Penerima Tiada Akaun Bank ( termasuk Sabah & Sarawak ) 30 Mac

2.) Proses Pembayaran

Bagi pembayaran BKN pula akan dikreditkan secara terus kepada akaun penerima pada tarikh yang ditetapkan (rujuk diatas).

Untuk penerima yang tiada akaun bank, penerima boleh mengambil bantuan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Patuhi panduan SOP pengambilan wang bantuan ini yang akan dimakklumkan dari semasa ke semasa di BSN berikut.

Cara Membuat Semakan BKM 2022

Untuk membuat semakan BKM 2022 Fasa 1 , sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi BKM = https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik butang ‘Log Masuk BKM’.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan dan klik butang ‘Semak’.
  4. Klik ‘Ya’ dan masukkan kata laluan diikuti dengan butang ‘Log Masuk’.
  5. Klik bahagian ‘Semakan Status’.
  6. Status BKM akan dipaparkan.
See also  Cara Mohon SBBU 2022 : Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan

Terlupa Kata Laluan

Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut :

  1. Layari laman web rasmi BKM = https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik ‘Log Masuk BKM’.
  3. Klik ‘Terlupa Kata Laluan’
  4. Masukkan NO. Kad Pengenalan 12 digit dan klik ‘Semak’.
  5. Masukkan emel yang didaftarkan dan klik ‘Seterusnya’.
  6. Semak kata kunci keselamatan sama ada betul, kemudian klik ‘Ya’.
  7. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik ‘Sterusnya’.
  8. Masukkan kata laluan baru dan penegesahan kata laluan/ Kemudian klik ‘Tukar Kata Laluan’.
  9. Anda akan menerima notifikasi/pemberitahuan Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BKM, anda boleh layari layari laman web = https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html

Soalan Lazim

Bagaimanakah untuk membuat status semakan BKM 2022 ?

Anda boleh rujuk di artikel ini untuk membuat semakan tersebut.

Bagaimanakah Log masuk sekiranya terlupa kata laluan ?

Anda boleh ikuti langkah-langkah yang disediakan didalam artikel ini.

Leave a Comment