Cara Semak Saman Online 2020 ( Trafik,JPJ,AES )

Cara Semak Saman Online 2020 ( Trafik,JPJ,AES ) . Berikut adalah cara semak saman trafik, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Automated Enforcement System (AES) yang mudah dan pantas.

Untuk makluman juga saman tertunggak kini bole disemak dan terus dibayar secara online / atas talian hasil daripada pengenalan teknologi moden masa kini.

Kini semua yang ingin membuat pembayaran tidak perlu lagi keluar rumah dan membuang masa tersesak-sesak di jalan raya dan kaunter jabatan terbabit hanya untuk melakukan semakan saman sahaja. Kini, semuanya hanya berada di hujung jari.

Semakan terhadap saman juga boleh dilakukan secara online atau atas talihan mahupun melalui perkhidmatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Cara Semak Saman Online ( Trafik, JPJ, AES )

Berikut adalah perkongsian potral-potral yang menyediakan perkhidmatan semakan saman secara online atau atas talian dan SMS untuk kemudahan anda semua yang mempunyai kesalahan jalan raya. Silah pilih kaedah semakan anda.

Untuk semak saman online . Ikuti langkah-langkah seperti berikut..

1. Semakan Saman MyEG

semak
  1. Layari lawan web rasmi = https://www.myeg.com.my/
  2. Kepada yang baru menggunakan servis ini, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu.
  3. Login menggunakan nama dan kata laluan anda.
  4. Klik pada e-Services pada menu dan silih pilih PDRM atau JPJ. Bagi saman AES pilih JPJ.
  5. Pilih pada pautan yang berkenaan bagi menyemak, seterusnya membayar saman kenderaan anda.

2. Semakan JPJ

semak saman
  1. Layari laman web rasmi = https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
  2. Di bawah tajuk “Semakan Saman”, klik menu dropdown untuk membuat Pilihan Carian sama ada Nombor ID sahaj atau Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan
  3. Pilih kategori ID.
  4. Isikan Nombor ID dan Nombor PendaftaranKederaan, diikuti dengan kod sekuriti ( Captcha ).
  5. Terakhir klik butang “Semak”. Keputusan semakan akan dipaparkan disebelah bawah, di bawah tajuk “Hasil Carian”.

Cara Pembayaran Saman JPJ

Untuk makluman, saman yang boleh dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.

Saman yanag tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Makahmah yang ditetapkan dalam notis saman.

Pembayaran saman boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.

Bayaran boleh dibuat secara tunai. Dan bayaran juga boleh dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.

bayaran sama juga boleh dibuat melalui perkhidmatan esevices.

Soalan Lazim

Bolehkah membuat semakan saman ke atas No. Kad Pengenalan orang lain ?

Tidak. Hanya boleh membuat semakan ke atas No. Kad Pengenalan anda sahaja.

Bagaimanakah kaedah atau saluran pembayaran saman ?

Antara kaedah pembayaran saman adalah seperti ” Tunai, Kad Kredit, Wang Pos dan Bank Draf

Dimanakah saluran pembayaran saman dilakukan ?

Saluran saman boleh dilakukan antaranya :
1. Kaunter Trafik
2. Kaunter Pos Malaysia
3. Mesin ATM Maybank
4. MyEG ( https://www.myeg.com.my/ )
5. MyBayar

Bolehkah membuat semakan saman ke atas No. Kenderaan orang lain ?

Tidak. Hanya boleh membuat semakan ke atas No. Kenderaan yang telah didaftarkan menggunakan Kad Pengenalan anda sahaja.

Semoga perkongsian cara semak saman ini dapat membantu anda dalam melakukan dan menyelesaikan saman yang tertunggak.

Leave a Comment