SAPS Ibu Bapa Sistem yang memudahkan guru dan ibu bapa

Salah satu sistem online yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berguna untuk ibu bapa dan juga guru adalah SAPS Ibu bapa.

Sistem ini bertujuan untuk mengumpulkan data markah peperiksaan para pelajar di sekolah.

Data tadi kemudian akan dianalisis secara automatik mengikut. sistem yang terdapat dalam laman web ini.

Pada setiap peperiksaan, guru akan mengisi markah peperiksaan pelajar, kemudian para penjaga/ ibu bapa, dan anak murid sendiri boleh memeriksa dan membuat semakan markah peperiksaan secara online.

Perkara ini menjadikan pemberitahuan markah peperiksaan kepada ibu bapa dilakukan secara telus tanpa selindung.

Disebabkan itu, dengan wujudkannya aplikasi SAPS ibu bapa ini, ianya wajar dipuji kerana dapat memudahkan semua pihak dalam urusan pengurusan data markah peperiksaan pelajar.

Selain SAPS ini, aplikasi lain yang amat berguna adalah APDM, e-Operasi dan PAJSK.

See also  Permohonan GKP Tambahan RM1000 Kepada PKS Tahun 2021

Leave a Comment