RPKYS 2022 : Semakan Keputusan Permohonan Pelajar Tingkatan 1 Yayasan Selangor

RPKYS 2022 . RPKYS merupakan program kerjasama antar KPM dan YS bagi tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar tingkatan 1 ke sekolah-sekolah terkemuka, serta tinggal di asrama-asrama milik YS.

Matlamat program ini dilaksanakan adalah bagi membantu pelajar-pelajar miskin di Selangor tetapi berpotensi dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran yang terbaik.

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan RPKYS 2022

Tarikh bagi semakan permohonan bermula pada :

  • 14 Mac 2022 sehingga 26 Mac 2022
RPKYS 2022

Cara Semak Keputusan

Semakan permohonan RPKYS 2022 boleh dibuat melalui dalam talian menerusi laman web rasmi Yayasan Selangor = http://sm.yselangor.com/smpysv2/

Syarat Kelayakan RPKYS 2022

Permohonan ini dibuka khusus kepada murid Tahun 6 / 2021 yang layak mengikut kriteria ditetapkan seperti berikut :

  1. Mendapat sekurang-kurangnya TP# dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
  2. Bersekolah rendah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah swasta yang berdaftar ( keutamaa diberi kepada murid luar bandar).
  3. Pemohon dari keluarga berpendapatan rendah perkapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah isi rumah) kurang daripada RM2,000 sebulan.
  4. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
  5. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pihak Yayasan Selangor melalui salurana :

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-7669 1218 / 1177 / 1218 / 1150
Faks : 03-7954 1790
Email : [email protected]

Soalan Lazim

Leave a Comment