Seramai 3 Orang Rakyat Malaysia di Singapore Positif

Seramai 3 Orang Rakyat Malaysia di Singapore Positif

Semalam, Singapore melaporkan 386 kes baharu dalam masa 24 jam. Dalam 386 kes tersebut, 3 orang daripadanya adalah rakyat Malaysia.

Ianya adalah peningkatan harian paling tertinggi setakat ini di Singapore. Kini jumlah kes telahpun mencecah sebanyak 2918 kes keseluruhannya.

Kes yang melibatkan rakyat Malaysia ini adalah termasuk di dalam kluster asrama pekerja yang terletak di sana.

Menurut MOH, sebanyak 586 kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan di discaj dari hospital atau fasiliti isolasi komuniti.

MOH berkata 1,165 kes yang sihat secara klinikal dan masih positif COVID-19 diasingkan dan berada di fasiliti komuniti.

Setakat tengah hari semalam, MOH mengenal pasti 28,333 kontak rapat yang kini sedang dikuarantin.

Singapore mencatatkan 568 kes yang dikelaskan sebagai kes import, 827 kes komuniti dan 1,523 pemegang permit kerja dan penghuni asrama. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *