Program PROTEGE Maybank 2022 : Tawaran Untuk Graduan Ijazah Sarjana Muda

Program PROTEGE Maybank 2022 merupakan satu program tahunan bagi Maybank (Ready To Work) yang ditawarkan kepada para graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perbankan, perakaunan dan kewangan.

Program dibangunkan khas oleh Korporat Kumpulan Maybank selaras dengan inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah.

Bagi pelajar yang layak akan menjalani latihan selama lapan bulan di tempat kerja di dalam unit perniagaan Maybank Group di seluruh negara.

Tempoh Permohonan Program PROTEGE Maybank 2022

Untuk makluman, tempoh permohonan bagi pengambilan PROTEGE Maybank dibuka sehingga 12 Januari 2023.

Kelebihan Program PROTEGE Maybank

Peserta program ini bakal diberikan manfaat seperti :

  • Elaun bulanan sebanyak RM2,000
  • Rawatan Pergigian
  • Perubatan
  • Pinjaman
  • Kemudahan sukan (contoh : gimnasium)
  • Sokongan pendidikan
  • Waktu bekerja seperti biasa (Isnin-Jumaat)
Program PROTEGE Maybank 2022

Bidang Pekerjaan

Berikut merupakan bidang khusus yang ditawarkan kepada graduan di dalm program PROTEGE Maybank ini :

  1. Accounting
  2. Finance
  3. Banking/Financial

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah :

  • Program terbuka kepada semua graduan baru dan kelayakan minima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan.
  • Telah menganggur dan masih tidak mendapat pekerjaan.
  • mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
  • Mempunyai kemampuan untuk berfikir ke hadapan berdasarkan hasil, motivasi diri serta bersemangat.
  • Berminat untuk pembelajran berterusan dan peningkatan kemahiran diri.

Cara Mohon Program PROTEGE Maybank 2022

Bagi graduan yang berminat boleh menghantar permohonan secara atas talian di portal = https://maybankjobs.com/#/details/1698/4/results

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Program PROTEGE Maybank 2022, sila layari pautan = https://maybankjobs.com/#/details/1698/4/results

See also  Koleksi Ucapan Bulan Ramadhan

Soalan Lazim

Bilakah tempoh permohonan ini ?

Dibuka sehingga 12 Januari 2023.

Berapakah tempoh latihan sekiranya terpilih ?

latihan akan dijalankan oleh pelajar terpilih selama 8 bulan.

Leave a Comment