Program i-SEE 2022 : Geran Pembangunan Inovasi PKS

Program i-SEE 2022. Untuk makluman, i-SEE adalah Program kerjasama di antara SME Corp. Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) yang bertujuan meningkatkan jangkauan inovasi melibatkan komuniti B40, perusahaan mikro dan juga sektor informal bagi aktiviti perkomersialan.

Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada produk inovasi inklusif yang berimpak tinggi untuk dikomersialkan bagi penajaan pendapatan kepada usahawan yang berpotensi.

Inovator atau usahawan B40, perusahaan mikro dan juga sektor informal yang mempunyai produk inovasi inklusif berimpak tinggi dialu-alukan memohon Program Inklusif Ekosistem PKS (i-SEE) bagi mendapatkan Geran Pembangunan Inovasi sehingga RM200,000.

Skop Geran Pembangunan Inovasi

Menerusi program ini, inovator atau usahawan akan menerima pembiayaan melalui Geran Pembangunan Inovasi sehingga RM200,000.

Skop geran ini adalah seperti berikut :

  • Perlindungan harta intelek
  • Rekabentuk konsep dan pembangunan prototaip
  • Pembuatan prototaip
  • Pengujian produk
  • Pensijilan pengawal seliaan

Bidang Tumpuan

Bidang tumpuan bagi inovator dan usahawan yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut :

  1. Utiliti
  2. Kesihatan
  3. Teknologi dan sistempintar
  4. Alam sekitar dan biodiversiti
  5. Pendidikan
  6. Produktiviti
  7. Bantuan pembangunan kapasiti
  8. Latihan dan bimbingan perniagaan

Cara Memohon Program i-SEE 2022

Bagi pemohojn yang berminat untuk memohon, permohonan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi = https://iic.innomap.my/
  2. Klik butang “Daftar Akaun”.
  3. Isi maklumat diri dan muat naik gambar profil serta klik butang “Daftar Akaun”.
  4. Daftar masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  5. Ikuti arahan permohonan dan Hantar.
Program i-SEE 2022

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program i-SEE 2022, anda boleh terus email kepada [email protected] dan [email protected] .

Soalan Lazim

Apakah tujuan program ini diwujudkan ?

Untuk memberi peluang kepada produk inovasi inklusif yang berimpak tinggi untuk dikomersialkan bagi penajaan pendapatan kepada usahawan yang berpotensi.

Berapakah pembiayaan yang akan diterima melalui Geram Pembangunan Inovasi ini ?

Sehingga RM200,000.

Leave a Comment