Permohonan Program Felo Perdana & Felo Korporat 2022

Program Felo Perdana & Felo Korporat 2022. Program Felo Perdana dan Felo Korporat merupakan program berkonsepkan mentoring yang di uruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Program ini telah dibuka, dan kepada mereka yang berminat boleh menyertai program ini dengan cara membuat permohonan tersebut.

Objektif Program Felo Perdana & Felo Korporat 2022

Objektif perlaksanaan bagi kedua-dua program ini adalah untuk :

  1. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan membina keyakinan diri di kalangan graduan dan siswazah.
  2. Memberi pendedahan mengenai pengurusan dan sistem pentadbiran kerajaan.
  3. Memberi Pendedahan mengenai dunia korporat dan peluang kepada anak muda Amlaysia menimba pengalaman secara langsung daripada tokoh korporat yang berjaya.
  4. Sebagai platform kepada belia Malaysia untuk melibatkan diri secara langsung dalam perancangan dan penggubalan dasar kerajaan.
  5. Sebagai platform kepada belia Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan.

Tarikh Permohonan Dan Elaun Bulanan

Permohonan Program Felo Perdana & Felo Korporat 2022 ini mula dibuka 25 Februari 2022 sehingga 31 Mac 2022 secara atas talian (Online).

Manakala bagi elaun bulanan pula, pemberian elaun bulanan sebanyak RM1,000 akan diberi kepada peserta Felo kategori Siswa manakala Felo kategori Graduan pula akan diberi elaun bulanan sebanyak RM2,000.

Program Felo Perdana & Felo Korporat 2022

Syarat Permohonan Program Felo Perdana & Felo Korporat 2022

Syarat bagi permohonan program ini adalah :

  1. Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berumur 18 hingga 30 tahun pada tahun 2022.
  3. Calon fasih berkomunikasi dan mahir menulis dalam Bahasa Melayu dan English.
  4. Peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda ke atas.
  5. Pemohon mestilah calon Siswa yang sedang belajar dari mana-mana IPTA/IPTS di dalam atau luar negara.
  6. Calon Graduan (Ijazah Pertama) yang telah tamat pengajian dari mana-mana IPTA/IPTSn di dalam atau luar negara.

Cara Memohon Permohonan Program Felo Perdana & Felo Korporat 2022

Bagi mereka yang berminat dengan program ini dan ingin membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut :

  1. Layari lamana web rasmi = http://myfelo.kbs.gov.my/ks_user/login.php
  2. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna’.
  3. Isi maklumat seperti yag dipaparkan dan klik pada butang ‘Simpan’.
  4. Semak email yang didaftarkan dan klik pada pautan ‘Aktifkan Akaun Anda’ untuk pengaktifan pendaftaran pengguna.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan diikuti dengan butang Log Masuk.
  6. Isi setiap maklumat yang diperlukan.
  7. Muat Naik dokumen yang diperlukan.
  8. Buat perakuan dan klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen diperlukam untuk dimuat naik adalah seperti berikut :

  1. Ijazah Graduan/Surat pengesahan sedang dalam pengajian.
  2. Sijil penglibatan sukan dan komuniti (jika berkaitan).
  3. Resume.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Sekretaririat Felo Perdana di talian 03-8871 3293/3161 atau email ke [email protected]my/[email protected] .

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan Felo Graduan ?

Peserta Felo Graduan adalah graduan yang telah tamat sesi pengajian Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (dalam / luar negara).

Berapakah had umur bagi memohon permohonan program ini ?

Pemohon yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun pada 2022.

Leave a Comment