Polis Kuantan Cari Saksi Wanita Bantu Perbicaraan Kes Dadah

admin

Kuantan – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kini sedang mengesan seorang saksi wanita untuk membantu perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, dalam satu kenyataan hari ini berkata, saksi yang dimaksudkan diperlukan bagi membantu kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Wanita yang dikehendaki itu dikenali sebagai Nurfatihah Jeffry, berusia 24 tahun. Alamat terakhir beliau adalah di 2105 Rumah Kakitangan TNB, 28000 Temerloh, Pahang,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Wan Mohd Zahari meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan saksi terbabit untuk segera menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Iskandar Nadzaruddin di talian 018-3111944, atau melaporkan ke Bilik Gerakan IPD Kuantan atau mana-mana balai polis berdekatan.

See also  SAPS Ibu Bapa 2022 : Semakan Keputusan Peperiksaan

Leave a Comment