Walaupun PKP, Jalan Sesak Hari Ini

Hasil tinjauan netizen hari ini, pada 14 April 2020 semua jalan sesak dengan kenderaan persendirian.

Perkara tersebut terjadi di pusat-pusat bandar di seluruh negara. Bukan sahaja di bandar Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, malah di semenanjung turut sama berlaku hal yang sama.

Di Plaza IOI Puchong juga amat sesak dengan kenderaan . Walaupun prosedur yang sama dilakukan seperti sebelum ini,namun ianya tetap dibanjiri dengan kenderaan.

Apakah yang sedang terjadi? Adakah rakyat sudah mulai lupa dan alpa dengan PKP yang dilaksanakan? Atau mungkin juga rakyat serentak keluar mencari barang keperluan?

Apa-apapun, diharapkan dengan kejadian ini , tidak akan meningkatkan kes covid-19 di seluruh negara kelak.

Leave a Comment