Permohonan PISMP IPG Lepasan SPM 2021

Program PISMP IPG adalah dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPG dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah .yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.

Permohonan kemasukan adalah secara atas talian / online melalui Applikasi Permohonan Program Perguruan KPM. Senarai lokasi dan alamat IPG boleh dirujuk di IPGM (Dahulunya Maktab Perguruan).

Tarikh Permohonan PISMP IPG 2021

Tarikh buka permohonan : 15 Mac 2021
Tarikh tutup permohonan : 15 April 2021

Cara Memohon PISMP IPG

Permohonan bagi PISMP boleh dibuat secara atas talian (Online) dengan melayari terus laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia disini link ini = https://pismp.moe.gov.my

Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM, pemohon yang terpilih pula dikehendaki untuk menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKGG) sebelum dipanggil temuduga.

Pemohon boleh mengemukakan satu (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

Pemohon hendaklah mengesahkan setelah selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.

Nombor rujukan hendaklah disimpan oleh pemohon kerana ianya penting untuk membuat semakan dimasa akan datang.

Sila pastikan permohonan yang dibuat lengkap. Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar dan tidak lengkap.

pismp ipg

Syarat-syarat Kelayakan IPG

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan asas permohonan tahun semasa terkini secara online .

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 jun 2001.
  3. Sihat tubuh badan
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A- . Dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum)
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut , iaitu
    1. Bahasa Melayu
    2. Sejarah
    3. Bahasa Inggeris
  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan : https://pismp.moe.gov.my/bidang_tawar.
See also  ISMP : Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2021

Maklumat Lanjut

Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan IPG 2021, sila hubungi alamat atau no. telefon beriku :

  • Institut Pendidikan Guru Malaysia
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 1 – 3, Blok 2250, Jalan Usahawa 1
    63000 Cyberjaya, selangor.
  • No, Telefon : 03-8312 6666 / 03- 8312670.

Soalan Lazim

Apa itu Program PISMP IPG ?

Program PISMP atau Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah dikhususkan untuk melatih bakal guru di lokasi IPG Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Apakah antara salah satu syarat kelayakan IPG ?

1. Sihat tubuh badan
2. warganegara
3. Aktif dalam kegiatan kokurikulum

Leave a Comment